perhatian puak umno: pak lah "mr clean", najib "mr..." apa?

Kalau sebelum ini Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi lebih dikenali dengan imej 'Mr Clean' ketika mula-mula menduduki kerusi perdana menteri, namun apa pula kelebihan yang ada pada Dato' Seri Najib Razak.
Iklan




Sebaliknya ramai berhujah personaliti bakal perdana menteri begitu comot dengan kisah peribadi yang membelit dirinya.

Paling menarik perhatian, kisah model Mongolia, Altantuya dan komisen pembelian kapal selam.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, kelebihan yang ada Abdullah telah berjaya menjulang Umno pada pilihan raya umum 2004.

"Ketika itu hampir kesemua rakyat teruja dengan Pak Lah yang serba berkebolehan. Paling menarik perhatian slogan 'Bekerja Bersama Saya' dan boleh mengimamkan solat.

"Namun bakal perdana menteri baru pula tiada ciri-ciri tersebut yang seharusnya menjadi kebanggaan rakyat di negara ini, sebaliknya wajah beliau comot dengan pelbagai masalah," katanya di sini.

Kata beliau kalau orang bercakap soal rampasan kuasa di Perak, maka nama Najiblah yang disebut ramai.

Oleh itu beliau percaya kehadiran anak bekas perdana menteri kedua menduduki ketua eksekutif negara beberapa hari ini tidak mampu membantu Umno, sebaliknya mempercepatkan tarikh luput parti tersebut.

Begitu juga katanya imej Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang sudah disahkan Lembaga Disiplin Umno terlibat dalam politik wang pastinya akan terus mencalar wajah Umno yang sudah comot.

Menurutnya kisah yang berlaku di sebalik tabir pemimpin utama Umno sekarang sudah diketahui umum dan mereka tidak mampu lagi dibersihkan hanya sekadar melalui laporan media yang berat sebelah.

Kata beliau rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai juga sudah maklum terhadap personaliti Umno yang bakal memimpin negara sekarang.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, biar pun Presiden Umno menguar-uarkan parti itu akan berubah, namun ia tidak lebih sebagai kosmetik kerana dasar yang menjadi teras masih lagi tidak terusik.

"Pertukaran kepemimpin hanya sekadar kedudukan kerusi sahaja, sedangkan perjuangannya tetap sama.

"Kalau setakat bertukar pucuk kepemimpinan ia seumpama bertukar pemandu sahaja, tidak lebih daripada itu,"

1 comment

akira® said...

HAHAHAAAAAA.
KORANG NAK TAU TENTANG NAJIB

KLIK SINI
KENAPA RAKYAT HARUS TOLAK NAJIB

Powered by Blogger.