RTM oh RTM....keputusan sekejap2...
KUALA LUMPUR 17 April – Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan melakukan perubahan waktu bagi slot beritanya termasuk bagi berita utama Nasional@1 (Bahasa Melayu) yang akan kembali bersiaran pada pukul 8 malam mulai Isnin ini selepas dipinda ke pukul 9 malam sebelum ini.
Tempoh siaran Nasional@1 (Bahasa Melayu) juga bertambah menjadi satu jam pada Isnin hingga Sabtu manakala setiap Ahad akan bersiaran dari pukul 8 hingga 8.30 malam, demikian menurut satu kenyataan RTM hari ini.
Siaran Nasional@1 juga ditambah setiap hari Isnin hingga Ahad pukul 12 malam hingga 12.30 tengah malam yang dikekalkan siarannya menerusi TV1.
Kenyataan itu menyebut penukaran waktu turut meliputi berita Nasional@1 (Mandarin) yang akan disiarkan pukul 6.30 hingga 7 petang, Nasional@1 (Tamil) pada pukul 6 hingga 6.30 petang dan pukul 8 hingga 8.30 malam untuk Nasional@1 (Inggeris) yang disiarkan di TV2. “Justeru, perubahan waktu yang berlaku turut menyebabkan siaran berita Wilayah@1 bersiaran pukul 6 hingga 6.30 petang setiap Isnin hingga Ahad di TV1,” kata RTM. – BERNAMA.

No comments
Post a Comment