siapa yang nak buat hara dalam negara ni? aiya.....semua orang nak aman la tuan!

Tindakan tegas pihak cuba cetus huru hara

BATU GAJAH: Polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan huru hara dan mengganggu ketenteraman awam di negeri ini, kata Ketua Polis Perak, Datuk Zulklefli Abdullah.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa saja yang cuba mengganggu ketenteraman awam termasuk dengan cara menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan menulis blog yang mengandungi mesej yang boleh mencetuskan kekacauan.

"Kalau ada yang tidak puas hati mereka boleh menggunakan saluran sedia ada dan tidak menggunakan saluran kekerasan," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan perutusan Ketua Polis Negara sempena Hari Kor Kadet Polis ke-39 di sini hari ini.

Zulkefli diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar dalam lidah rasmi Pas, Harakah 11 April mengenai tunjuk perasaan berdarah yang berlaku di Pattaya mungkin berlaku di Perak jika Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan.

Zulkifli juga berkata, pihaknya akan memastikan rakyat negeri ini dapat menjalankan aktiviti harian dalam suasana aman dan sejahtera.

Seramai 1,200 orang kadet polis membabitkan 125 sekolah menyertai perhimpunan berkenaan. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.