Kenapa Tidak ‘One Malaysia One Hadhari’
Isnin, 25 Mei, 2009, saya menghadiri satu jemputan sebuah institusi pengajian tinggi tempatan (IPTA) sebagai Ahli Panel untuk membincangkan hasil kajian Pembangunan Islam Hadhari di Malaysia : Masalah dan Cabaran disebuah hotel terkemuka dekat Putrajaya.
Setelah gagal mendapatkan ulamak, penganjur beralih kepada professional seperti saya untuk mewakili PAS. Rupanya penganjur gagal mendapatkan Ustaz Ahmad Awang, Naib Presiden PAS dan Ustaz Idris Ahmad, mantan Setiausaha Majlis Syura sebagai ahli panel bagi membincangkan tajuk ini.
Tiga ahli panel lain dalam program tersebut adalah Dato’ Nakhaei Ahmad, Yang Dipertua YADIM, Dato’ Shamsul Najmi bin Shasuddin, mantan exco Agama Pemuda UMNO dan Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Timbalan Presiden ABIM.
Saya tidak bercadang untuk membincangkan secara terperinci apa yang saya sebut dalam program tersebut. Saya banyak menggunakan hujah yang dikemukakan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2005) dalam bukunya, “Hadharah Islamiyyah, bukan Islam Hadhari”.
Saya menyebut, ketika Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri pada awal April tahun ini, dengan slogan ‘One Malaysia : Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan’, apa telah jadi kepada slogan dan 10 prinsip Islam Hadhari yang telah menjadi pegagan ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri beberapa tahun sebelum itu?
Untuk rekod, 10 prinsip Islam hadhari adalah; 1) Keimanan dan ketakwaan kepada Allah; 2) Kerajaan Adil dan beramanah; 3) rakyat berjiwa merdeka; 4) penguasaan ilmu pengetahuan; 5) Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif; 6) kehidupan berkualiti; 7) Pembelaan Hak kumpulan minoriti dan wanita; 8) keutuhan budaya dan moral; 9) keutuhan budaya dan moral; 9) pemuliharaan alam semula jadi; 10) Kekuatan pertahanan.
Sebagai rakyat, kita tidak nampak perkara ini diteruskan oleh kerajaan pimpinan Najib Tun Razak lebih-lebih lagi bila Menteri Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal islam menyebut Islam Hadhari akan dikaji semula.
Dalam bahasa pentadbiran, kaji semula bermakna ianya tidak diteruskan lagi dan satu dasar baru akan diperkenalkan. Setelah puas mengkritik, saya turut mencadangkan apa salahnya kerajaan mengambil pendekatan ‘value add’ dengan menambah slogan tersebut menjadi, ‘One Malaysia One Hadhari, yakni satu Malaysia satu Tamaddun. Sama ada rakyat didahulukan, prestasi diutamakan atau tidak, rakyat akan nilai dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.
Kalamperantau.wordpress.com

No comments
Post a Comment