Penanti 4: Yakin menang walau tanpa pengundi BN

KeADILan menyediakan pondok panas di pusat-pusat pengundian walaupun ia tidak dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa bahawa Umno menggesa ahli-ahlinya supaya memulaukan pilihanraya kecil tersebut.

Umno telah menganjurkan percutian ke Thailand kepada ahli-ahlinya bagi mengelak untuk keluar mengundi

Bagaimanapun, Adun KeADILan bagi Batu Maung, Abdul Malik Kassim yakin ramai yang akan keluar mengundi hari ini.

Beliau juga berkata, calon KeADILan Dr. Mansor akan menang dengan majoriti besar.

Keputusan pilihanraya kecil hari ini dijangka diumumkan pada jam 8.30 malam walaupun keputusan rasminya dapat diketahui sewal jam 6.30 petang.

SPR pula menjangka kira-kira 70 peratus pemilih akan keluar mengundi hari ini.

Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof turut melawat pusat pengundian terbesar di Tanah Liat.

Beliau berharap pilihanraya kecil Penanti ini akan menjadi contoh dan berkata jumlah mereka yang keluar mengundi juga adalah menggalakkan.

Proses penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan pilihanraya kecil Dun N12. Penanti akan diketahui selewat-lewatnya pukul 8.30 malam ini.

No comments

Powered by Blogger.