PAS dan Hindraf.

Masalah Hindraf perlu ditangani dengan bijak dan cepat oleh PAS. Pertubuhan Hindraf adalah satu pertubuhan yang amat berpengaruh di kalangan masyarakat India yang berugama Hindu. Hindraf adalah pilihan terakhir harapan masyarat India di Malaysia selepas MIC. Hindraf di pilih kerana harapan tinggi mereka terhadap MIC hancur lebur angkara Samy Vellu dan kroni-kroninya membolot projek.
Apabila masyarakat India melihat MIC mengkhianati masyarakat India selama 50 tahun, Hindraf mengambil tempat tersebut. Masyarat India menaruh kepercayaan tinggi terhadap Hindraf untuk mengubah nasib mereka.

Walaupun pimpinan Hindraf dikurung di Kemunting seperti Manoharan, pemimpin tertinggi mereka diburu polis dan terakhirnya Hindraf di haramkan oleh Kerajaan Malaysia, sokongan mereka tetap tinggi kepada Hindraf.

Kita melihat sebelum PRU 2008 pelbagai parti politik ditubuhkan oleh masyarakat India tetapi tidak mendapat sokongan padu dari kaum mereka melainkan MIC. Parti IDF, PPP dan terakhir parti Nallakaruppan. Semuanya gagal. DAP juga gagal menarik sokongan ramai masyarakat India terhadap parti tersebut. Mungkin kerana kaum India meelihat DAP lebih kepada "kecinaan".

Dikala masyarakat India mencari-cari pertubuhan yang boleh menmbela nasib mereka, tiba-tiba Hindraf muncul hulurkan pertolongan.

Hindraf bolehlah diibaratkan satu pertubuhan yang NGO untuk membela nasib kaum India. Sokongan padu datangnya ramai dari golongan tertindas dan miskin.
Walaubagaimanapun, kita perlu ingat Hndraf juga mungkin diresapi segelintir yang berfahaman extrim. Fahaman extrim ini mungkin diambil dari LTTE (sekular) dari segi ideologi dan juga dari BJP (India) dari segi pelampau agama.
Isu Sri Lanka misalnya. Kita bantah tindakan tentera Sri Lanka terhadap penduduk Tamil (orang awam) semasa serangan keatas LTTE. Juga kita mengutuk tindakan LTTE membunuh orang Islam dan mengusir mereka dari kampung halaman mereka.

Golongan inilah yang akan merosakkan usaha murni Hindraf membantu masyarakat India di Malaysia.

Apa peranan PAS ? PAS perlu menangani segera isu ini. Hindraf bersikap terbuka terhadap PAS. Begitu juga PAS . Pimpinan PAS pernah berjumpa dengan pimpinan buangan Hindraf di London.
Pimpinan mereka juga mengeluarkan kenyataan mereka tidak anti Islam tetapi anti UMNO.

Sama seperti DAP, ada juga dasar Hindraf tidak dipersetujui oleh PAS seperti menuduh kerajaan Malaysia melakukan "penghapusan etnik".
Hindraf juga barangkali ada perkara yang tidak bersetuju dengan PAS. Apa yang penting cari titik persamaan untuk bersama berjuang. Titik persamaan yang asas ialah menentang UMNO dan Barisan Nasional.

Hindraf perlu kekal bersifat NGO. Menjadi parti politik memungkinkan mereka mengalami nasib seperti parti politik kaum India yang lain termasuk MIC.

Kewujudan Kelab Penyokong India(KPI) dalam PAS suatu yang menguntungkan jangka panjang politik PAS. PAS perlu kemaskinikan KPI dari segi program masyarakat dan organisasinya supaya KPI bakal menerima berduyun-duyun masyarakat India suatu masa kelak. PAS perlu wujudkan satu talian "perhubungan " antara KPI dan Hindraf. Ini supaya jalinan itu dapat KPI menerangkan dasar-dasar PAS kepada anggota Hindraf.

Sebenarnya majoriti anggota Hindraf masih ragu-ragu dengan dasar PAS kerana kekurangan komunikasi dan serik dengan pengalaman bersama MIC selama 50 tahun.

Pengaruh Hindraf amat digeruni oleh UMNO dan BN. Ini berdasarkan beberapa perkara yang boleh diambil perhatian oleh PAS. Antaranya :

i) Membebaskan Manoharan dari Kem Kemunting bila beliau berura-ura untuk letak jawatan ADUN. Jika pilihanraya kecil diadakan, nama HINDRAF akan dipromosikan dan mampu menarik lebih ramai lagi pengundi India mengundi Pakatan Rakyat. Sudah pasti MIC semakin jauh dari hati kaum India.

ii) Mengapa kerajaan "berlembut" dengan keingkaran pimpinan Hindraf yang dibebaskan dari ISA untuk mematuhi sekatan keluar daerah ? Ini menunjukkan UMNO dan BN gerun dengan pengaruh Hindraf yang sudah mendapat pengaruh di hati kaum India.

iii) Mengapa kerajaan tidak begitu "cakna" untuk bertindak ganas menangkap anggota Hindraf yang sudah diharamkan oleh kerajaan ? Berbeza dengan penangkapan ahli Al Arqam sebaik ianya diharamkan. Seluruh pelusok negara di buru ahli Al Arqam.

iv) UMNO dan BN amat bimbang jika Hindraf berkawan rapat dengan PAS. Ini ianya berlaku, sudah pasti undi kaum India akan berhijrah ke PAS. Oleh sebab itulah UMNO sekarang melalui medianya memomokkan Hindraf ada hubungan dengan LTTE.

Apa yang pasti jika UMNO sedang nazak menuju kematian, MIC juga alami nasib yang sama.

Jika UMNO di'talqinkan" oleh PAS manakala MIC pula di kuburkan oleh Hindraf.

http://tokpepijat.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.