Kedah hutang RM2b ketika Pakatan ambil alih
Oleh:Mat Zahari Ali
Senator Dewan Negara, Zamri Yusuf mendedahkan ketika Pakatan Rakyat mula mentadbir Kedah keadaan akaun kewangan negeri jelapang padi itu berada dalam keadaaan terhutang kepada kerajaan pusat sebanyak RM2b.
“kita pun terkejut melihat akaun negeri tersebut berada dalam keadaan defesit hampir lapan tahun.
“Ertinya negeri yang kita dok bangga dengan gelaran ‘jelapang padi’ itu sebenarnya telah disalah urus oleh pemimpin-pemimpin yang boros dan tidak berwawasan,” kata Zamri dalam majlis ceramah sempena kempen pilihanraya Penanti di Kubang Semang malam tadi.
Menurut Zambri pemborosan yang sebegini besar dilakukan untuk membolehkan kroni-kroni pemimpin-pemimpin terdahulu di Kedah mendapat keuntungan tetapi wang tersebut tidak dikembalikan kepada tabungan negeri.
“Penyelewengan ini berlaku apabilasesuatu projek oleh kerajaan negeri itu diberikan kepada beberapa anak syarikat kerajaan negeri. Manakala anak-anak syarikat ini pula menubuhkan pula anak-anak syarikat baru dengan menggunakan kos yang diberikan oleh kerajaan negeri.
“Akhir sekali hampir semua anak-anak syarikat mengalami kerugian kerana di urus oleh kroni-kroni yang tidak mempunyai kepakaran mengurus dan mentadbir. kesan akhirnya semua anak-anak syarikat tersebut tidak langsung dapat memberi sumbangan kepada kerajaan negeri,” kata beliau.
Menurut beliau lagi amalan ini merupakan kaedah biasa yang digunakan oleh kebanyakan kerajaan-kerajaan negeri dibawah BN.
“Sebab itu apabila pakatan mengambil alih dan kita membongkar salah guna wang rakyat ini secara terbuka supaya rakyat dapat menilai sikap dan cara pemimpin-pemimpin BN menguruskan segala amanah yang rakyat berikan kepada mereka.
“Inilah antara ketakutan yang dihadapi oleh BN apabila kita dapat mengambil alih negri-negeri yang telah lama berada dibawah mereka.Mereka terlalu banyak penyelewengan dan wang-wang rakyat tidak sampai kepada rakyat sebaliknya disapu oleh pemimpin dan kroni-kroni mereka.
“Lebih menakutkan mereka apabila Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negeri-negeri yang kita tawan dengan memberikan perkhidmatan yang jauh lebih baik kepada rakyat seperti air percuma di Selangor, penurunan cukai tanah sebanyak 70 peratus di Kedah, Kemiskinan sifar di Pulau Pinang, pemberian tanah kepada rakyat di Perak dan semua ini adalah adalah bukti dan janji kita pada rakyat,” jelas zamri.
Justeru menurut Zamri Pengundi penanti seharusnya member sokongan padu kepada calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman sehingga mendapat majoriti lebih besar bagi membuktikan rakyat telah menolak Perdana Menteri, Najib Razak dan BN.

No comments
Post a Comment