Aktiviti kumpulan Along perlu dihapuskan hingga ke akar umbi
Kali ini ana setuju kat Musa Hassan yang mahu perangi Along hingga ke akar umbi. Jangan bagi muka kat mereka. Tangkap dan sumbat mereka dalam penjara. Selain itu, semua syarikat yang memberikan pinjaman secara berlesen perlu disemak. Kebanyakkannya menyalahgunakan lesen itu yang kemudiannya mengunakan samseng untuk memeras para peminjam. Pengeluaran lesen perlu dimansuhkan kecuali bagi syarikat seperti Bank atau Syarikat kewangan yang mempunyai sistem pengurusan dan pentadbiran yang baik.
Polis perangi kegiatan along hingga akar umbi
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, Norliza Wasilan, Suhana Roslan dan Nik Sukry Ramli
bhnews@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan dua jabatan di bawahnya menggembleng tenaga untuk melumpuhkan kegiatan along yang semakin berani dan kejam ke atas mangsa yang gagal melunaskan pinjaman.
Sambil merujuk kes terbaru along memperlakukan tiga mangsa mereka seperti hamba abdi di Seri Kembangan dekat sini, beliau berkata perbuatan seperti itu mesti dibanteras habis-habisan kerana ia satu jenayah.
“Berikutan itu, saya sudah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berganding bahu dan menyiasat kes membabitkan along ke akar umbi.
“Saya mahu semua along yang melakukan jenayah seperti itu ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas perbuatan jenayah menculik dan memenjarakan orang (mangsa),” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.
Susulan arahan itu, Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun sendiri turun padang ke Balai Polis Selayang ketika tiga mangsa yang diselamatkan dari kurungan along memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Tiga mangsa itu, Tan Kok Leei, 27, dari Johor serta Ng Kok Yein, 34 dan Lim Ping San, 49, dari Selangor, diperlakukan seperti hamba abdi oleh along yang menggunakan rantai besi untuk mengikat leher, tangan dan kaki mereka ke sebatang tiang di dalam dua ‘lokap’ di tingkat bawah sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan PBS 14/2, Taman Perindustrian Bukit Serdang di sini.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menggantung atau membatalkan lesen syarikat pinjaman wang berlesen jika terbukti mereka bertindak seperti ceti haram atau along.
Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu Bernama, kementeriannya akan bertindak tegas jika menerima aduan mereka bertindak di luar peraturan ditetapkan dalam lesen.
“Setakat ini tidak ada bukti kekejaman itu dilakukan syarikat pinjaman wang berlesen. Kita tunggu siasatan polis dan jika ada aduan daripada orang ramai kita akan siasat,” katanya selepas menghadiri majlis Anugerah Khidmat Cemerlang kementeriannya di sini, semalam.
Kong berkata, aktiviti syarikat pinjaman wang berlesen sentiasa dipantau pasukan penguat kuasa dan memberi laporan tahunan kepada kementerian.

No comments
Post a Comment