Malaysia Negara Komunis Terkawal
Anda semua jangan marah bila membaca tajuk yang tertera diatas ini. Mungkin ada yang melenting, malah ada juga yang mungkin mengkeji saya mengklasifikasikan negara Malaysia ini sebagai sebuah negara komunis.
Setelah hampir kita menyambut ulangtahun ke 50 negara kita yang tercinta ini, kemanakah arah yang akan ditujui olehnya? Apakah yang berjaya kita bina slelama ini? Apakah wawasan masa depan negara kita?
Semua persoalan ini perlulah kita tanya kepada pemimpin kita iaitu Abdullah Ahmad Badawi & Co. Kuncu-kuncu Abdullah Ahmad Badawi & Co yang ada didalam Kabinet juga wajar kita kemukakan soalan ini.
Malaysia adalah sebuah negara komunis terkawal kerana beberapa fakta ini.
1. Semua keputusan yang dibuat oleh pimpinan negara (walaupun tidak praktikal atau munasabah) adalah muktamad dan tidak perlu dipersoalkan. Mana-mana pihak yang mempersoalkannya boleh diklasifikasikan sebagai membahayakan keselamatan negara dan boleh ditahan dibawah ISA atau Akta Hasutan. (Semua Negara Komunis menggunakan kaedah ini)
2. Perbincangan secara terbuka mengenai kuasa pimpinan tidak dibenarkan kerana membahayakan keselamatan negara dan boleh ditahan dibawah ISA atau Akta Hasutan. (Semua Negara Komunis menggunakan kaedah ini)
3. Kerajaan boleh mengubah mana-mana status tanah atau menghalau mana-mana penduduk diatas tanah tersebut tanpa perlu membayar apa-apa pampasan kerana termaktub dalam Kanun Tanah Negara 1966 yang diperbaharui pada 1996. (Semua Negara Komunis menggunakan kaedah ini)
4. Semua demontrasi atau perhimpunan awam perlulah mendapat Permit Polis. Mana-mana perhimpunan yang tidak mendapat permit perlulah diselesaikan oleh FRU dan Polis secara keras. Permit tidak perlu jika perhimpunan awam tersebut dilakukan oleh Barisan Nasional atau sekutunya. (Semua Negara Komunis menggunakan kaedah ini)
5. Hanya penyiaran yang berkaitan dengan Kerajaan Barisan Nasional sahaja yang boleh dipancarkan melalui radio atau televisyen pada semua masa. Parti-parti politik yang lain tidak dibenarkan menggunakan hak penyiaran. (Semua Negara Komunis menggunakan kaedah ini)
6. Pilihanraya ditentukan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dikawalselia oleh Barisan Nasional. Tiada ketelusan didalam semua proses pilihanraya sejak Merdeka sehingga kini. (Teknik yang sama digunakan oleh mana-mana Negara Komunis)
7. Negara Komunis biasanya memberikan peluang untuk Pemimpin mengaut apa-apa keuntungan, menyalahgunakan kuasa, melakukan rasuah dan boleh melambakkan harta mereka tanpa perlu risau akan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Ini kerana BPR adalah dibawah kuasa Perdana Menteri.
8. Negara Komunis biasanya mempunyai Parlimen yang tidak ada kuasa untuk menyiasat Perdana Menteri atau mana-mana Menteri atas tuduhan rasuah atau salahguna kuasa.
9. Negara Komunis biasanya akan memantau semua komunikasi dalam negara dan memaksa semua pengguna alatan komunikasi dan laman web mendaftar agar memudahkan pemantauan dan penguatkuasaan. Malah PDRM memang memantau semua talian telefon dalam negara untuk tujuan keselamatan.
10. Negara Komunis biasanya mengawal matawang mereka dan seterusnya tidak membenarkan matawang mereka diniagakan secara telus dipasaran antarabangsa.
11. Negara Komunis biasanya menentukan semua propaganda kerajaan dimuatkan dalam semua buku sejarah walaupun fakta sejarah tersebut tidak tepat. Sebagai contoh ada pihak yang diletakkan sebagai wira negara sedangkan sebenarnya merekalah pembelot utama atau pihak yang mementingkan periuk nasi mereka dan bukannya periuk nasi rakyat.
12. Negara Komunis biasanya mengawal tindak tanduk semua pelajar dan mengarahkan mereka tidak terlibat dengan mana-mana pergerakan politik melainkan yang berkaitan dengan kerajaan sahaja. Barisan Nasional menggunakan teknik yang sama terhadap pelajar (Akta AUKU).
Jadi kesimpulannya… Memang Malaysia adalah sebuah Negara Komunis yang terkawal.
http://ketuaperusuh.wordpress.com/2007/04/08/malaysia-negara-komunis-terkawal/

No comments
Post a Comment