kekalahan pertama umno apabila melantik tok pa jadi ketua PRK!
Mustapa dilantik pengarah pilihan raya Manek Urai
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan menyelia persiapan Umno bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan, yang akan diadakan Julai ini.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, berkata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, pula dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN itu.
Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini, beliau berkata Mustapa yang juga Naib Presiden Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan bertanggungjawab mengenai operasi serta keputusan seharian pilihan raya kecil DUN Manek Urai.
Mengenai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi kerusi itu yang kosong berikutan penyandangnya Ismail Yaacob, 60, daripada Pas meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Mei lalu, Perdana Menteri berkata:
"Saya menunggu syor daripada Badan Perhubungan Umno Kelantan. Bila sampai masanya, kita akan umum. Ada masa lagi," katanya. - Bernama
banyak makan duit rakyat!

No comments
Post a Comment