Sejuk Hati
Kita sangat terharu (terkejut juga sedikit-sedikit; terkejut-terkejut manja) membaca di akhbar (klik sini), yang 'wanita pertama' kita dilaporkan berkata; keengganan ibu-bapa mendapatkan bantuan bagi meringankan tekanan boleh membawa kesan lebih buruk terutamanya terhadap anak-anak. Beliau berkata demikian selepas program bual bicara Permata Pintar Negara di sebuah institut pengajian tinggi.Bukan apa, sejuk hati kita. Seingat kitalah, tidak ada 'wanita pertama' yang menyatakan begini:
"Antara kaedah yang boleh dipraktikkan adalah menjauhkan diri daripada anak-anak jika rasa marah, atau amalkan berzikir atau solat supaya jiwa berasa lebih tenang.
Rasa macam isteri menteri besar Kelantan pula berucap sedemikian. Masya-Allah, macam diberi tazkirah menusuk ke dalam hati. Penuh muhasabah. Sarat tarbiyyah. Eiiii sejuk hati kita, pagi-pagi Jumaat begini. Sukalah hati kita. Itulah rupanya rahsia ketenangan beliau.
Harap kalian semua insaflah, dan jangan memukul anak-anak lagi. Ambillah kata hikmah bijaksana 'wanita pertama' tersebut.
http://tehranifaisal.blogspot.com/





(1).png)

No comments
Post a Comment