umno dah mengaku dia yang taja lawatan p thailand?


Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

PULAU PINANG 29 Mei - UMNO Pulau Pinang menafikan dakwaan ia menaja bas membawa penduduk Penanti membeli-belah sambil bercuti di beberapa tempat termasuk di Thailand pada hari Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman yang menyifatkan perkara tersebut sebagai karut berkata, pihaknya tidak pernah membuat sebarang perancangan seumpama itu yang dikatakan bertujuan menghalang penduduk di situ keluar mengundi.

Menurutnya, memandangkan cuti persekolahan pun sudah bermula, jadi tidak hairan jika ada pihak yang menganjurkan lawatan begitu, namun beliau menegaskan UMNO negeri tidak terlibat langsung dengan program tersebut.

''Saya sebenarnya tidak terperanjat apabila mengetahui mengenai perkara ini kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan rakan sekutunya pasti akan bercakap atau membuat tuduhan apa sahaja, tidak kira apa sekali pun kita cakap.

''Jika tidak percaya, mereka boleh pergi tunggu di tepi lebuh raya atau di mana-mana, pergi tengok ada ke banyak bas lawatan kononnya ditaja oleh UMNO yang akan bertolak seawal 7 pagi dari kawasan ini pada hari undi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan pihak tertentu bahawa ada usaha untuk mengurangkan peratusan pengundi dengan menganjurkan lawatan ke beberapa tempat seperti Langkawi, Wang Kelian dan selatan Thailand dengan bas tajaan UMNO.

Pilihan Raya Kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara tiga calon Bebas dengan seorang calon PKR.

Empat calon tersebut ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Dr. Mansor Othman, 59; bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah, 56; bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari, 41; dan pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42 tahun.


kahkahkahkah....hang memang la umno...sampai mati tak nak ngaku! makan duit rakyat bukan main... sampai buncit perut anak bini sebab dok baham wang rakyat! umno memang suka makan duit haram!

No comments

Powered by Blogger.