Naib Canselor UiTM Patut letak jawatan

Berikutan kes saman seorang siswi UiTM terhadap universiti berkenaan berhubung kes cabul yang dialaminya, saya secara peribadi mengusulkan agar Naib Canselornya, Ibrahim Abu Shah meletakkan jawatan.

Kenyataan Ibrahim yang mempertikaikan tindakan peguam dan siswi berkenaan kerana menyaman Universiti memperjelaskan lagi sikap angkuh dan cuai mereka dalam menjaga keselamatan para pelajarnya.

Selain isu pencabulan itu, pelajar berkenaan mempersoalkan tahap keselamatan kampus berkenaan yang begitu mudah dicerobohi oleh orang luar.

Hari ini mungkin kes cabul, esok rogol, lusa dah ada yang kena bunuh kalau beginilah sikap pihak pentadbiran Universiti.

Saman itu bukan kerana mahukan duit tapi menuntut agar pihak Universiti lebih bertanggungjawab kerana kejadian yang berlaku dalam kawasan Universiti.

Ibrahim juga cuba menafikan isu ini dan menghalang pembabitan ahli politik yang juga Ahli Parlimen Shah Alam. Hakikatnya pelajar berkenaan merujuk kepada pihak yang betul iaitu YB Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam yang mana kawasan kampus UiTM berada dalam kawasan beliau.

Jadi tindakan siswi berkenaan adalah betul, bukannya mencari ’suaka’ politik kepada pemimpin Pas itu.

Sekali lagi saya menegaskan bahawa, Ibrahim Abu Shah patut letak jawatan atas dua sebab;

1. Pihak Keselamatan UiTM dibawah pentadbirannya gagal menjalankan tugas mereka bagi memastikan pelajar-pelajar di kampus itu berada dalam keadaan selamat.
2. Tindakan bodoh sombong beliau yang tidak menyiasat aduan pelajar itu sebelum ini hingga membawa kes ini ke mahkamah telah mencemarkan imej UiTM. Atas kebodohan itulah beliau tidak layak untuk menjadi Naib Canselor.

Beliau sedikit pun tidak rasa bersalah kerana yang dicabul itu bukan anak perempuannya.

http://syukran.wordpress.com/2009/05/29/naib-canselor-uitm-patut-letak-jawatan/

No comments

Powered by Blogger.