Persetiaan dengan Sultan Kedah, 1791 — selagi matahari dan bulan bercahaya!

Pada 16 hari bulan Sya’ban tahun Hijriah 1205, hari Ahad.

Bahawasanya, pada hari ini tulisan ini menunjukkan bahawa Gabenor Pulau Pinang, wakil Syarikat lnggeris, telah mengikat Perjanjian keamanan dan persahabatan dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan Kedah, dan semua Orang-orang Besar Baginda dan rakyat kedua-dua negeni, untuk hidup aman damai di laut dan di darat, supaya berkekalan selagi matahani dan bulan bercahaya: Perkara-perkara Perjanjian adalah seperti berikut:

Perkara I
Syarikat Inggeris akan memberi Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan Kedah enam nibu Dolar Sepanyol setiap tahun, selagi Inggeris kekal memiliki Pulau Pinang.

Perkara II
Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang Dipertuan bersetuju bahawa segala jenis bekalan yang diperlukan untuk Pulau Pinang, kapal perang, dan kapal Syarikat, boleh dibeli di Kedah tanpa halangan atau dikenakan apa-apa cukai.

Perkara III
Semua hamba yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dan Pulau Pinang ke Kedah, hendaklah dikembalikan kepada pemunya mereka.

Perkara IV
Semua orang berhutang yang lari daripada pemiutang mereka, dan Kedah ke Pulau Pinang, atau dan Pulau Pinang ke Kedah, jika kerana tidak membayar hutang mereka itu, hendaklah diserahkan kepada pemiutang mereka.

Perkara V
Baginda Yang Dipertuan tidak akan membenarkan orang Eropah dan mana-mana negara lain tinggal di mana-mana bahagian negeri Baginda.

Perkara VI
Syarikat tidak akan menerima (melindungi) mana-mana orang yang melakukan penderhakaan besar atau pemberontakan terhadap Baginda Yang di-Pertuan.

Perkara VII
Semua orang yang melakukan pembunuhan, yang lari dari Kedah ke Pulau Pinang, atau dari Pulau Pinang ke Kedah, akan ditangkap dan dipulangkan berbelenggu.

Perkara VIII
Semua orang yang mencuri cap meterai (pemalsuan) akan diserah balik sedemikian juga.

Perkara IX
Baginda Yang Dipertuan tidak akan membekalkan apa-apa bekalan kepada semua orang yang menjadi musuh kepada Syarikat Inggeris.

Kesembilan-sembilan Perkara ini telah diselesaikan dan diikat, dan keamanan diwujudkan antara Baginda Yang Dipertuan dengan Syarikat Inggeris; Kedah dan Pulau Pinang akan menjadi sebuah Negeri.

Persetiaan ini dibuat dan disempurnakan oleh Tunku Shariff Mohamad, Tunku Alang Ibrahim, dan Datuk Penggawa Talibon, wakil-wakil bagi pihak Baginda Yang Dipertuan, dan diberikan kepada Gabenor Pulau Pinang, wakil bagi Syarikat Inggeris. Dalam Perjanjian ini, mana-mana pihak yang menyimpang danipada apa-apa yang tertulis dalam Perjanjian ini, Tuhan akan menghukum dan memusnahkannya; tidak akan ada padanya kesejahteraan dan kesihatan.

Meterai Shariff Mohamad dan Tunku Alang Ibrahim, dan Datuk Penggawa Talibon, diperturunkan pada Perjanjian ini, dengan tandatangan masing-masing.

Ditranskripsikan oleh Hakim Bunder, Pulau Pinang.

Ditandatangan, dimeterai dan disempurnakan di Kota Cornwallis, Pulau Pinang pada 1 han bulan Mei tahun Masihi 1791.

F. LIGHT
(Tandatangan)

http://profabdullah1.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.