penyokong ngok umno, gerakan yang saran chin peng balik...tapi umno tuju kat pakatan pulak!

PULAU PINANG 29 Mei - Peguam Chin Peng, Darshan Singh Khaira mendakwa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu berhak pulang ke negara ini di bawah perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989 di Haadyai, Thailand.

PULAU PINANG 29 Mei - "Kalau Chin Peng masuk ke Malaysia, sayalah orang pertama mencarinya untuk menuntut bela atas kekejaman yang dilakukan," luah pesara tentera, Yahya Shafie, 76 tahun.

''Kalau boleh, saya akan minta orang buat jerangkap samar seperti yang saya kena dulu dan masukkan Chin Peng ke dalamnya biar berkecai tubuh badannya sehingga tiada secebis daging pun yang tinggal."

KUCHING 29 Mei - Rakyat perlu menentang habis-habisan usaha menghidupkan kembali ideologi komunisme kerana ia dikhuatiri boleh mempengaruhi generasi muda untuk bertindak ganas dan memberontak.

BALING 29 Mei - "Usah bawa balik pemimpin yang pernah mengancam nyawa kami dan keluarga."

KAMPUNG GAJAH 29 Mei - ''Selama 52 tahun hidup bersama komunis, hati saya tidak pernah tenteram. Hari ini, saya rasa macam mati hidup semula."

KUALA LUMPUR 29 Mei - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya bekas anggota komunis telah mewujudkan blog bagi mengagungkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah membunuh beribu-ribu rakyat negara ini antara tahun 1948 hingga 1960.

ALOR SETAR 29 Mei - Pertubuhan Perpaduan Melayu Kedah (Pemikad) membantah sebarang usaha untuk membawa pulang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini.




memang ngok la penyokong dan pemimpin umno ni...kalau cakap bodoh hangpa marah lak... mungkin tak cerdik kot?

No comments

Powered by Blogger.