Dr Mansor perlu jadi pembela nasib orang Melayu

Mat Zahari Ali

PENANTI, 29 Mei: Calon Dun N.12 Penanti, Dr Mansor Othman perlu menjadi contoh yang baik terhadap selurah rakyat di Pulau Pinang bagi memberikan imej baru kepada orang-orang Melayu di negeri tersebut.

Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim dalam ucapannya kepada lebih 200 petugas dalam majlis Taklimat terakhir jentera pilihanraya Penanti berkata selama ini Umno/BN telah meminggirkan orang melayu di negeri tersebut sehingga tiada lagi orang melayu yang berani bersaing dengan orang bukan Melayu di negeri itu.

“Kita bukan bermaksud untuk memperkatakan tentang perkauman tetapi selama lebih 50 tahun Umno/BN memerintah Pulau Pinang orang melayu semakin tersisih dan dibiarkan hidup tanpa pembelaan sewajarnya.

“Kita mau, Insyaallah kalau menang nanti kita mahu Dr Mansor yang merupakan pengasas kepada ‘Tekun’ perlu mencurahkan idea, tenaga dan masa bersama ketua Menteri untuk mencari jalan terbaik membela nasib orang-orang melayu di sini.

“Cukuplah dengan pengajaran yang telah diberkan oleh rakyat kepada Umno/BN sehingga orang-orang melayu tidak lagi mengharapkan mereka untuk memimpin negara,”kata beliau dalam majlis yang dihadiri oleh seluruh jentera petugas dari seluruh negara.

Menurut Anwar lagi, kalau di Pulau Pinang ada Lim Guan Eng dan Profesor Ramasamy yang mewakili kaum Cina dan India maka Dr Mansor pula perlu membawa wadah dan suara orang melayu di Dun Pulau Pinang.

“Harapan orang melayu amat tinggi terhadap kita dan Dr Mansor setelah ornang-orang melayu di sini telah kecewa dengan sikap pentingkan diri dan harta oleh pemimpin-pemimpin Umno sebelum ini sehingga mereka mengubah haluan kepada pakatan Rakyat.

“Harapan dan kehendak orang-orang melayu serta semua kaum-kaum laian itu harus disambut dengan tangan terbuka dan kesungguhan demui membela nasib mereka.

‘Untuk maksud ini Dr Mansor perlu mengadakan hubungan yang amat akrab dengan perhubungan Negeri, serta bahagian-bahagian bagi mengenalpasti masalah orang melayu di sini akar semua mereka akan mendapat pembelaan sewajarnya,” Jelas beliau yang juga Ketua Pembangkang serta Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Majlis tersebut di rasmikan oleh Presiden Keadilan, Wan Azizah Ismail, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Pengarah Pilihanraya, Saifuddin Nasution, Pemimpin-pemimpin perhubungan keadilan negeri dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh

No comments

Powered by Blogger.