PPP: halal haram di pulau pinang!
PPP Pulau Pinang kini ada dua pengerusi
GEORGETOWN: Kemelut politik dalam Parti Progesif Penduduk (PPP) terus bergolak apabila bekas naib pengerusi negeri, V Nanda Kumar, mendakwa dirinya sebagai pengerusi PPP Pulau Pinang yang baru.
Katanya, pelantikannya dibuat oleh Senator Datuk T Murugiah, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) di Putrajaya Ahad lalu.
Datuk Dr Loga Bala Mohan adalah penyandang jawatan pengerusi PPP negeri.
"Saya menerima sokongan kira-kira 60 peratus ahli di negeri ini untuk memimpin PPP negeri ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Dr Loga, dalam reaksi spontan, berkata semua dakwaan Nanda itu tidak sah kerana dia tidak menerima sebarang surat pelantikan dari kepimpinan parti pusat.
"Apa yang saya faham, saya tidak menerima sebarang arahan dari pucuk pemimpin parti pusat untuk melepaskan jawatan saya sebagai pengerusi negeri," katanya.
Katanya, Pendaftar Pertubuhan (ROS) juga mengumumkan bahawa PPP adalah sebuah parti yang sah di bawah kepimpinan Datuk M Kayveas.
"Saya ingin menasihatkannya (Nanda) supaya mematuhi peraturan dan menghentikan permainan menyalahkan orang lain," katanya.
Katanya, Nanda dan ketua PPP Bahagian Balik Pulau, SV Manimaran, tidak menghadiri konvensyen negeri yang dirasmikan oleh presiden parti Rabu lalu kerana kedua-dua pemimpin itu gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan bahagian masing-masing.
Katanya, terpulang kepada kepimpinan parti pusat dan Majlis Tertinggi untuk mengambil tindakan terhadap Nanda dan Manimaran.
Pada 24 Mei lalu, Murugiah yang disingkirkan daripada PPP pertengahan bulan lalu, telah dipilih sebagai "Presiden" enggantikan Kayveas melalui mesyuarat di Putrajaya itu. - Bernama

No comments
Post a Comment