Salah pilih kawan, badan sendiri yang merasa…
Inilah akibatnya bila tidak pandai pilih kawan dan membiarkan diri dipergunakan serta bersubahat lakukan maksiat. Akhirnya diri sendiri jadi mangsa. Tak kira kawan perempuan atau lelaki, kita harus pastikan anak-anak kita tidak terlalu bebas…
Arah teman lelaki perkosa rakan
KUALA LUMPUR: Biarpun baru mencecah usia 14 tahun, namun seorang remaja perempuan layak digelar gadis jalang apabila sanggup mengarahkan teman lelakinya memperkosa rakan sekolahnya sendiri sambil memberi kata-kata galakan terhadap perbuatan keji itu.
Pelajar perempuan tingkatan dua itu turut bertindak sebagai ‘pengarah filem’ aksi rogol terbabit dengan merakam perbuatan berkenaan menggunakan kamera telefon bimbit sambil memberi arahan apa yang perlu dilakukan.
Sumber polis berkata, kejadian sadis itu berlaku apabila mangsa diajak pasangan kekasih berkenaan ke satu kawasan sunyi di Bukit Ampang di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, sebaik sampai ke kawasan berkenaan, mangsa diarah mengawal kawasan sekeliling sementara gadis terbabit melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya.
“Sebaik selesai memuaskan nafsu dengan teman lelakinya, gadis itu menyuruh mangsa melakukan hubungan seks dengan kekasihnya itu.
“Bagaimanapun mangsa menolak permintaan itu sebelum dia dibawa pasangan terbabit di kawasan perkelahan lain berhampiran Sungai Tekali, Hulu Langat,” katanya.
Menurutnya, sebaik tiba ke lokasi berkenaan, mangsa diperkosa sambil disaksikan teman sekolahnya itu yang seolah-olah seronok dengan apa yang ditonton. Malah difahamkan, gadis itu turut merakam perbuatan berkenaan menggunakan telefon bimbit.
“Gadis itu turut memberi kata-kata perangsang rakan sekelasnya itu dirogol.
“Tidak cukup dengan itu, gadis terbabit menghubungi dua lagi teman lelakinya sebelum merogol mangsa bergilir-gilir,” katanya.
Mangsa yang dapat menyelamatkan diri membuat laporan di Balai Polis batu 14, Hulu Langat dengan ditemani ibunya.

No comments
Post a Comment