chin pen benci tapi mat saleh disanjung?

KOMINIS NO BRITISH YES

Kuat sungguh penentangan terhadap usaha Chin Peng yang nak balik ke Malaya. Fasal dia membunuh rakyat Malaysia khasnya Melayu dulu. Keranda dia pun tak boleh bawa ke sini. Chin Peng itu batang tubuh sahaja. Yang dok berlawan dan berperang dalam dunia ini ialah ideologi, sistem dan blok.

Chin Peng dulu mewakili blok komunis. La ni kita berdagang dan berdiplomatik dengan Cina Komunis tu.

British pun menjajah Malaya. Tak pula kita berdendam sehingga kini. Bahkan berbangga kita hubungan dengan British.

Jepun pun menjajah Malaya. Tak pula kita berdendam sehingga kini. Berbilion kita berdagang dengan Jepun.

Malaysia pun bunuh orang Melayu yang duduk dalam pondok di Memali. Tak pula orang Melayu marah pun sehingga kini.

Satu batang tubuh kita benci sehingga kini tetapi satu sistem atau satu negara yang menjajah kita, kita terima.

http://sokongpr.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.