BUDAK SEKOLAH AGAMA BUANG BAYI SERAH DIRI!

Pelajar buang bayi serah diri

KUANTAN: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah agama di sini ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes membuang bayi di halaman sebuah rumah sewa di Taman Balok Makmur, selama.

Pelajar terbabit yang berusia 16 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, pelajar yang tinggal di Balok itu dibawa sendiri ibunya ke IPD di sini dan mengakui perbuatannya membuang mayat bayi berkenaan.

"Dia kini ditahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

"Pelajar terbabit dihantar untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya di sini, semalam.

Katanya, pelajar terbabit mengadu dia dirogol oleh seorang kenalannya sehingga menyebabkannya mengandung.

Semalam, seorang pekerja kilang, Suhaimi Ibrahim dan rakannya, Mohd Hafiz Ismail, menemui mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat yang dibungkus dengan selendang putih di perkarangan rumah sewanya di Taman Balok Makmur, kira-kira jam 7.30 pagi.

Turut ditemui bersama mayat bayi itu ialah sekeping nota bertulis "tolong kebumikan... terima kasih, saya sayang dia tapi tak berupaya untuk lakukan pengebumian..terima kasih...saya menghargai pertolongan anda".

No comments

Powered by Blogger.