Bekas Pengawal Peribadi Wan Azizah Meninggal Dunia

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 19 Ogos - Aktivis reformis, Jamilah Othman yang juga bekas pengawal peribadi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kembali ke rahmatullah tengahari tadi akibat menderita kanser serviks.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Kak Jem dikalangan reformis, ahli parti serta sahabat handai sebelum ini dirawat di kediaman rakannya yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin di Kelang.

Allahyarham di bawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Paya Pulai, Segamat, Johor untuk dikebumikan sebelum solat maghrib hari ini.

Beliau tidak pernah berkahwin dan merupakan bekas anggota polis berpangkat Sarjan di dalam Unit Juruiring kepada isteri Timbalan Perdana Menteri.

Ketika dihubungi, Dr Wan Azizah berkata Kak Jem merupakan kakitangan dan reformis yang komited kepada perjuangan menuntut keadilan.

"Kehilangan beliau sangat besar dan dirasai kerana Allahyarham berdamping dengan saya semasa saya masih lagi menjadi isteri Timbalan Perdana Menteri. Beliau menjaga saya sejak 1995 dan kemudiannya meletak jawatan pada 1998 dan seterusnya menjadi pengawal peribadi saya setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat.

"Beliau memberikan sumbangan besar kepada saya dan keluarga dengan berkorban masa dan tenaga untuk tinggal bersama-sama saya," kata Dr Wan Azizah.

Al Fatihah

No comments

Powered by Blogger.