Jom Tengok Drama Umno-MCA
Oleh: Shirzad Lifeboat
Ramai berpendapat perbalahan tiga-penjuru MCA-Umno-Perkasa hanyalah sebuah skrip terancang dan ditulis dengan verisimilitud sehinggakan ia tampak seolah-olah seperti sedang berlaku. Dalam sebutan politik, congaknya cukup mudah. Ada ketikanya keadaan akhirnya menjadi cukup terdesak apabila sekadar menanam tebu di tepi bibir tidak lagi menjamin kemenangan politik.
Apabila cara ini telah sejat, alternatif seterusnya - terutama dalam sebutan politik tradisional Malaysia di mana parti politik diwujudkan berdasarkan perjuangan dan kepentingan sesuatu kaum - ialah dengan mengaplikasi kaedah psikologi yang memaparkan perang psikologi di antara dua parti yang mewakili dua kaum terbesar.
Begitupun, cara ini bukanlah tanpa mengambil sebarang risiko berkira. Dalam politik, UMNO dan MCA adalah ibarat suami isteri. Walaupun terdapat perselisihan faham sejak dua pihak ini tinggal serumah bermula pada tahun 1952, namun ia tidaklah sehinggakan mengakibatkan perceraian.
Ada ketikanya di mana episod pertelingkahan UMNO-MCA ini cukup sengit. Misalnya pada 1987, Timbalan Presiden MCA memulakan provokasi dengan mengatakan orang Melayu juga kaum pendatang dan serangan balas serta-merta dilancarkan oleh Ketua Pemuda UMNO ketika itu dengan dibantu oleh pemimpin tertinggi UMNO yang lain. Kemelut 1987 itu bukan sekadar perang mulut di antara pemimpin tetapi melibatkan puluhan ribu penyokong parti masing-masing yang mengadakan perhimpunan haram di tempat awam.
Namun, di sebalik segala hoo-ha tersebut, di sebalik tungkus-lumus media arus perdana secara memihak memaparkan kemelut berkenaan dan di sebalik gambaran UMNO akan menalakkan MCA, akhirnya, ibarat drama melodramatik klasik filem Hindustan, kedua-dua suami isteri kembali berdakap-dakapan. Penonton tidak perlu menunggu begitu lama untuk melihat pemimpin UMNO-MCA berpelukan-pelukan di khalayak umum bagi memberitahu rakyat Malaysia, “Lihatlah, kami masih sayang menyayangi”.
Begitupun drama tersebut tidaklah diterbitkan tanpa kosnya. Sementara pendukung watak utama seperti Timbalan Presiden MCA dan Ketua Pemuda UMNO terlepas dari sebarang musibah, seramai 106 orang pengulas dari pelbagai pihak termasuk dari kalangan pemimpin kecil-kecilan kedua-dua parti tersebut terpaksa merengkuk dalam tahanan. Tidak seperti antologi drama karya Sasterawan Negara Dato’ Nordin Hassan, Bukan Lalang Di Tiup Angin, Operasi Lalang yang dilancarkan pada Oktober 1987 itu memperlihatkan betapa lalang-lalang tertentu dilanda angin kencang sehingga menjadi jerami yang diperukkan dalam sebuah bangsal.
Hari ini UMNO-MCA sekali lagi dipaparkan kepada umum sebagai terjebak dalam krisis pada skala besar. Walaupun plot drama terbaru ini hanya sedikit berlainan dari drama 1987, tetapi temanya tetap sama - apa yang tak patut terus diberikan kepada orang Melayu dan apa yang sepatutnya diberikan kepada kaum Cina.
Turut memutarkan sedikit plotnya berbanding plot asal itu ialah kemunculan pihak ketiga dalam perbalahan suami-isteri ini dalam bentuk sebuah pertubuhan NGO yang tidak-tidak semena-mena muncul untuk mengeruhkan lagi keadaan.
Apapun, berdasarkan skrip asal 1987, umum melihat betapa semakin ketara MCA terpaksa menonjolkan sikap chauvinistiknya sebagai usaha terakhir bagi menyelamatkan parti berkenaan dari berkubur akibat kemerosotan sokongan berterusan dari kaum Cina. Bagi UMNO, ramun dianggap paling mujarab dalam usaha mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap parti tersebut ialah apa sahaja janji, sumpah, ikrar yang menjurus kepada perjuangan dan usaha menyelamatkan Melayu.
Oleh itu, setelah umpan isu penggunaan nama Allah dalam sebuah penerbitan Kristian di Sabah dan yang lainnya gagal digigit mangsa, maka perkara logik selanjutnya yang harus lakukan ialah mengulangi semula isu Melayu-Cina.
Umum turut melihat satu-satunya trump card atau muslihat terakhir bagi MCA mendapatkan kembali kepercayaan masyarakat Cina dan UMNO menyatukan semula sokongan orang Melayu ialah dengan menyandiwarakan isu sensitif di antara kedua-dua kaum ini.
Tak mengapa sekiranya ada dari kalangan mereka yang benar-benar percaya dengan apa juga telatah kedua-dua mempelai politik ini (dan kini dibantu oleh Perkasa sebagai pihak yang rela menjadi kambing hitam kepada UMNO dalam menerima segala cemuhan baik dari MCA mahupun dari UMNO sendiri), akhirnya menjadi mangsa yang menggigit umpan dan akhirnya merengkok dalam tahanan ISA.
Apa yang penting adalah MCA, dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, perlu mendapatkan kembali kepercayaan masyarakat Cina bagi memastikan survival politiknya. Begitu juga dengan UMNO yang sedang berkongsi nasib dengan isterinya. Untuk memastikan ia terus bernafas, sokongan dari orang Melayu perlu digembelingkan semula dan pada hemat pemimpin UMNO, tidak ada lagi umpan yang lebih berkesan selain daripada mempertahankan kedudukan orang Melayu dari digugat oleh kaum lain (walaupun penggugatan sedemikian lebih merupakan satu persepsi berbanding realiti sebenarnya).
Oleh kerana umpan psikologi seperti ini berupaya menggerakan kepercayaan massa jauh lebih besar dari umpan projek dan habuan lain, maka inilah sahaja yang dirasakan oleh mereka akan memenangkan parti masing-masing dan seterusnya memenangkan BN dalam pilihanraya umum akan datang.
Begitupun, UMNO dan MCA terlupa betapa sedang drama ini rancak dipersembahkan di khalayak umum, orang Melayu dan Cina, sama ada penyokong Pakatan, mahupun mereka yang berkecuali tetapi lebih bijak berfikir dan menerima hakikat betapa selama inipun isu perkauman ini hanyalan mainan pemimpin politik dan bukannya apa yang berlaku kepada rakyat biasa yang terus hidup dalam keadaan harmoni, mereka hanya menonton persembahan ini sebagai tidak lebih dari sebuah bahan hiburan.

No comments
Post a Comment