Mahasiswa berpolitik: Saifuddin sedia temu, tapi bukan waktu terdekat
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah akan mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak — sama ada pertubuhan politik atau bukan politik bagi membincangkan idea membolehkan penglibatan mahasiswa dalam politik tetapi bukan dalam tempoh terdekat.
Saifuddin berkata tarikh tentang pertemuan itu hanya akan diketahui kemudian, bukannya pada 23 Ogos ini seperti yang dicadangkan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Al-Tantawi semalam.
“Saya terima baik hasrat Pemuda PAS dan pihak-pihak lain termasuk beberapa pemimpin PKR yang ingin bertemu saya tentang perkara ini.
“Saya sedia bertemu mereka tetapi bukan dalam tempoh terdekat,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Temerloh ini berkata, setakat ini beliau masih belum bersedia untuk membuat apa-apa kenyataan lanjut mengenai perkara itu.
“Nanti kalau ada apa-apa perkembangan saya akan maklumkan kemudian,” katanya.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam, Nasrudin berkata pihaknya mengesyorkan tarikh 23 Ogos untuk mengadakan pertemuan dengan Saifuddin bagi tujuan tersebut.
“Kami menyambut baik kesediaan Timbalan Menteri Saifuddin untuk bertemu kami, jadi kami bercadang untuk bertemu dengan beliau pada 23 Ogos ini, urusan telah dibuat dan tarikh pertemuan yang dicadangkan itu bergantung pada kelapangan beliau,” kata Nasrudin.
Dewan Pemuda PAS Pusat juga merancang untuk menyerahkan memorandum, hasil kajian pihaknya, yang menyenaraikan kewajaran membenarkan mahasiswa IPTA aktif berpolitik.
Selain Pemuda PAS, kelmarin 10 wakil rakyat muda PKR juga mengesyorkan agar diadakan kokus bagi tujuan tersebut.
Baru-baru ini Saifuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno menyatakan kesediaan untuk menemui sesiapa sahaja termasuk Pemuda PAS bagi membincangkan idea membenarkan penglibatan mahasiswa dalam politik.
Dalam kenyataan awal 27 Julai lalu, Saifuddin berkata beliau akan membawa cadangan itu mesyuarat MT Umno akan datang.
Saifuddin berkata sudah tiba masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terlibat dalam politik.
Walaupun akta itu dipinda pada tahun 2008 di mana penuntut IPTA dibenar menyertai pertubuhan politik setelah mendapat kebenaran Naib Canselor, beliau berkata akta itu perlu dikaji semula.

No comments
Post a Comment