Obama dikritik sokong projek masjid dekat WTC
WASHINGTON, 15 Ogos — Langkah Presiden Barack Obama mengiktiraf hak masyarakat Islam untuk membina masjid dan pusat kebudayaan Islam dekat Pusat Dagangan Dunia (WTC) kelmarin, mendapat reaksi berbeza dengan ada yang membandingkan beliau dengan presiden pertama manakala ada juga yang membidasnya.
Projek itu akan diadakan dekat dengan tapak WTC yang menjadi sasaran pengganas pada 11 September 2001.
“Muslim ada hak untuk mengamalkan agama mereka sebagaimana masyarakat lain di negara ini,” kata Obama pada majlis berbuka puasa sempena Ramadan di sini kelmarin.
Datuk Bandar New York Michael Bloomberg yang mempertahankan projek 13 tingkat menelan kos AS$100 juta berkata, kenyataan Obama mengingatkan beliau tentang pandangan bekas presiden George Washington lebih dua abad lalu.
“Kira-kira 220 tahun lalu pada minggu ini, bapa negara kita telah menulis sepucuk surat terkenal kepada komuniti Yahudi di Newport Rhode Island. Kata-kata Presiden Obama hari ini mengingatkan bahawa semua orang mempunyai kebebasan demikian,” kata Bloomberg yang dilaporkan oleh msnbc.
Bagaimanapun pendirian Bloomberg itu tidak memperlihatkan suara keseluruhan warga New York.
Rick A. Lazio, calon parti Republikan untuk kerusi gabenor dan bekas anggota Dewan Perwakilan menegaskan, presiden masih tidak mendengar rintihan warga New York dalam isu berkenaan.
Dipetik The New York Times beliau berkata, dengan lebih 100 masjid di bandar raya New York sekarang, ia bukan isu agama tetapi soal keselamatan dan sekuriti.
Pada 3 Ogos lalu, Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan tersebut.
Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar RM300 juta (AS$100 juta).
Suruhanjaya itu mendapati bahawa bangunan sedia ada, yang berusia 152 tahun berkenaan, beberapa blok dari tapak WTC yang ranap, bukan premis yang istimewa untuk memenuhi kriteria dijadikan bangunan ternama.
Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat.

No comments
Post a Comment