Syok! UMNO Lancar Peluru Pandu Ke Wilayah MCA

Jangan menyimpang perjuangan

KUALA TERENGGANU 15 Ogos – MCA diingatkan supaya tidak mengambil pendirian menyimpang daripada apa yang diperjuangkan bersama rakan-rakan lain di dalam Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, parti itu tidak boleh ‘melarikan diri’ daripada apa yang disepakati selama ini.

Katanya, MCA tidak seharusnya kelihatan seperti menentang kesepakatan itu terutama membabitkan sesuatu isu seperti apa yang berlaku sekarang.

"UMNO dulu bila berdepan ancaman dan cabaran Pas, kita buat keputusan dalam ruang politik kita. Jangan melebihi apa yang diperjuangkan Pas dalam sesuatu isu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu di sini petang ini.

Hishammuddin berkata demikian sewaktu diminta mengulas mengenai tindak-tanduk MCA ketika ini yang dianggap sesetengah pihak seperti menyokong DAP terutama berkaitan desakan membabitkan kepentingan bumiputera.

Beliau menarik perhatian, dalam usaha mengatasi pengaruh DAP, MCA tidak harus melakukan satu lagi kesilapan besar.

"Sekarang kita lihat bagaimana Pas sanggup lakukan apa saja termasuk menidakkan kedudukan Islam yang diperjuangkan olehnya selama ini apabila membabitkan sesuatu isu," ujarnya.

Pemuda selar MCA berhubung kuota bumiputera

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO menyelar pendirian MCA yang mahu kerajaan mengkaji semula pemberian kuota kepada kaum Melayu dan bumiputera dalam menjayakan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE).

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, permintaan MCA itu tidak selari dengan kemahuan dan usaha parti-parti komponen dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, MCA yang menjadi sebahagian daripada BN tidak seharusnya mengambil kesempatan untuk muncul seperti sebuah kumpulan cauvinis Cina berhubung perkara itu seperti amalan politik pembangkang selama ini.

"Sebagai sebuah parti komponen, MCA perlu terlebih dahulu membenarkan niat MBE dijayakan sepenuhnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.

"Sikap MCA yang gemar mengemukakan 'tekanan' sebelum pelaksanaan sesuatu dasar tidak menggambarkan kematangan parti itu sebagai sebuah parti komponen kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kerajaan perlu mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota dalam memastikan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera mencapai matlamatnya.

"Ia lebih baik kerana banyak kes terutama kontraktor Kelas F yang semuanya adalah bumiputera apabila mendapat projek akan 'mengalibabakan' kepada pihak lain.

"Lebih baik berikan kepada mereka yang lebih layak berdasarkan rekod dan prestasi (tanpa mengira kaum)," katanya.

Reezal menambah, Soi Lek tidak sepatutnya membangkitkan mengenai peluang kontraktor bumiputera Kelas F kerana hampir kesemua rantaian pembekal bahan binaan di negara ini dimiliki sepenuhnya oleh para pengusaha Cina.

"MCA perlu menerima hakikat bahawa senario ekonomi sedia ada masih banyak memberikan kelebihan kepada pemain ekonomi Cina. Itu hakikatnya," tegas Reezal.

No comments

Powered by Blogger.