Sistem pemerintahan berpaksi kepada takwa

Oleh Zainal Abidin Nor

KUALA LUMPUR: Sistem pemerintahan negara yang berpaksikan kepada ketakwaan kepada Allah SWT dapat menyelamatkan manusia dari segala bentuk kejahatan, maksiat dan rasuah yang dewasa ini berleluasa dalam masyarakat.

"Untuk memastikan perkara ini, maka kita memerlukan kepada para pemimpin yang bertakwa," kata Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof.

Beliau berkata, para pemimpin hari ini tidak takut kepada Allah maka sebab itu mereka sanggup melakukan kezaliman kepada rakyat.

"Kezaliman pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang ketara kita lihat ialah mereka sanggup menzalimi rakyat Kelantan dengan menafikan hak royalti minyak," terang beliau ketika berucap di satu majlis tazkirah Ramadhan di Kepong dekat sini pagi tadi.

Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Pasir Panjang berkata, "Rasulullah saw memberi layanan yang baik kepada tahanan perang meskpun mereka terdiri daripada orang-orang kafir, fasik dan munafik.

"Bersempena dengan bulan yang baik ini (Ramadhan) maka marilah kita memperbaharui tekad dan keazamanan untuk terus menyokong kepimpinan parti (PAS) kita yang berpaksikan kepada ketakwaan kepada Allah," ujarnya.

Beliau berkata, sifat orang-orang yang bertakwa disebut dalam ayat 24 Surah Al Furqan iaitu mereka yang tekun melakukan ibadat, banyak sujud, banyak bertaubat dan sedikit tidur.

Selain itu, katanya, adalah menjadi sifat orang-orang mukmin supaya sentiasa merendah diri apabila berjalan di muka bumi ini sepertimana yang disebut oleh Allah dalam ayat 23 Surah Al Furqan.

"Orang-orang mukmin ialah mereka yang tidak sombong, tidak angkuh, tidak melakukan kerosakan dan maksiat di atas muka bumi," ujar beliau.

No comments

Powered by Blogger.