Tentera, polis tidak patut dipercikkan lumpur politik — Ramli Abdul Halim

Berdasarkan kepada Perlembagaan negara, tentera dan polis serta jabatan-jabatan kerajaan persekutuan bernaung di bawah Yang di-Pertuan Agong. Justeru dalam urusan surat menyurat daripada pihak berkenaan dicatat dengan jelas "Urusan Seri Paduka Baginda."

Yang di-Pertuan Agong tidak berpolitik dan merupakan pihak yang berkecuali dan bertanggungjawab memperkenankan penubuhan kerajaan oleh parti politik atau pakatan parti-parti politik yang menerima mandat rakyat dan mendapat majoriti dalam pilihan raya.

Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menaungi kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dan kerajaan serta jabatan dan agensinya kena bekerja atas nama kerajaan untuk memberi perkhidmatan terbaik.

Jika rakyat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kerajaan dan jenteranya, rakyat berhak menarik mandat dan menukar kerajaan bila pilihan raya diadakan.

Selagi rakyat terus memberi mandat, maka kerajaan yang wujud kerana mandat kena dihormati dan ditaati. Jika dikhianati, maka yang dikhianati adalah rakyat dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong cuba dicabar.

Walaupun mungkin ada segelintir rakyat tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan kerajaan atas alasan dan faktor tertentu, namun ia tidak boleh melakukan sesuatu tindakan bersifat mengkhianati kerajaan, sebaliknya jika perlu dan terdesak kerajaan kena ditumbangkan melalui proses pilihan raya dan kena bergantung kepada mandat rakyat.

Saya melihat kejahilan dan ketidak-profesionalan Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar berpolitik apabila pasukan keselamatan cuba dipalitkan dengan lumpur politik apabila membuat dakwaan yang dikategorikan sebagai melemparkan perembohongan oleh Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berhubung dengan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang terdedah kepada kemungkinan disaman oleh TLDM mendakwa kapal selam pertama negara tidak boleh menyelam manakala Panglima Angkatan Tentera Laut berkata kapal selam Scopene merupakan aset strategik pertahanan negara bukan alat untuk meraih keuntungan politik murahan.

Bagi Tan Sri Abdul Aziz, kapal selam itu mempunyai keupayaan tinggi, diiktiraf sebagai antara yang tercanggih di dunia dan telah terbukti dalam operasi tembakan hakiki yang dijalankan oleh TLDM Julai lalu.

Dari segi lojiknya kalau tidak boleh menyelam mana mungkin kapal selam itu boleh menyertai kerana kapal selam kena berada di dasar laut, bukannya di permukaan air.

Yang bercakap tentang hakikat sebenar KD Tunku Abdul Rahman adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang ketenteraan dan beliau pasti lebih tahu tentang ketenteraan dan kelengkapannya, apatah lagi yang berkaitan dengan TLDM yang mana beliau adalah panglimanya.

Manakala yang memperlekehkan kapal selang itu adalah pemain politik yang masih terlalu muda dan mentah dalam gelanggang yang diceburinya dan tidak ada pengalaman dalam bidang ketenteraan, pertahanan dan keselamatan negara. Dakwaan Nurul Izzah barangkali hanya berdasarkan kepada dengar cakap.

Apa yang dilakukannya itu saya yakin boleh menyebabkan anggota keselamatan tidak akan ‘pecah liur’ untuk undi parti yang diwakili kerana bila TLDM dibohongi, semua unit tentera akan turut rasa dibohongi.

Pasukan tentera dalam pelbagai unit umpama satu anggota: bila paha kanan dicubit, paha kiri akan turut rasa sakitnya, kalau paha kiri dicubit pula paha kanan akan turut rasa sakit.

Bagi saya, silap besar kalau mana-mana tokoh politik sama ada yang menyokong kerajaan atau pembangkang cuba mempalitkan lumpur politik terhadap jabatan-jabatan kerajaan, khususnya pasukan tentera dan polis, lebih-lebih lagi kalau mereka diburuk-burukkan, ditohmah dan disalah sangka kerana mereka adalah penjunjung Perlembagaan yang akan mengutamakan keprofesionalan dalam memberikan perkhidmatan walaupun barangkali bertentangan dengan naluri sendiri. Tentera, polis tidak patut dipercikkan lumpur politik — Ramli Abdul Halim

21 OGOS — Berdasarkan kepada Perlembagaan negara, tentera dan polis serta jabatan-jabatan kerajaan persekutuan bernaung di bawah Yang di-Pertuan Agong. Justeru dalam urusan surat menyurat daripada pihak berkenaan dicatat dengan jelas "Urusan Seri Paduka Baginda."

Yang di-Pertuan Agong tidak berpolitik dan merupakan pihak yang berkecuali dan bertanggungjawab memperkenankan penubuhan kerajaan oleh parti politik atau pakatan parti-parti politik yang menerima mandat rakyat dan mendapat majoriti dalam pilihan raya.

Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menaungi kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dan kerajaan serta jabatan dan agensinya kena bekerja atas nama kerajaan untuk memberi perkhidmatan terbaik.

Jika rakyat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kerajaan dan jenteranya, rakyat berhak menarik mandat dan menukar kerajaan bila pilihan raya diadakan.

Selagi rakyat terus memberi mandat, maka kerajaan yang wujud kerana mandat kena dihormati dan ditaati. Jika dikhianati, maka yang dikhianati adalah rakyat dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong cuba dicabar.

Walaupun mungkin ada segelintir rakyat tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan kerajaan atas alasan dan faktor tertentu, namun ia tidak boleh melakukan sesuatu tindakan bersifat mengkhianati kerajaan, sebaliknya jika perlu dan terdesak kerajaan kena ditumbangkan melalui proses pilihan raya dan kena bergantung kepada mandat rakyat.

Saya melihat kejahilan dan ketidak-profesionalan Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar berpolitik apabila pasukan keselamatan cuba dipalitkan dengan lumpur politik apabila membuat dakwaan yang dikategorikan sebagai melemparkan perembohongan oleh Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berhubung dengan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang terdedah kepada kemungkinan disaman oleh TLDM mendakwa kapal selam pertama negara tidak boleh menyelam manakala Panglima Angkatan Tentera Laut berkata kapal selam Scopene merupakan aset strategik pertahanan negara bukan alat untuk meraih keuntungan politik murahan.

Bagi Tan Sri Abdul Aziz, kapal selam itu mempunyai keupayaan tinggi, diiktiraf sebagai antara yang tercanggih di dunia dan telah terbukti dalam operasi tembakan hakiki yang dijalankan oleh TLDM Julai lalu.

Dari segi lojiknya kalau tidak boleh menyelam mana mungkin kapal selam itu boleh menyertai kerana kapal selam kena berada di dasar laut, bukannya di permukaan air.

Yang bercakap tentang hakikat sebenar KD Tunku Abdul Rahman adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang ketenteraan dan beliau pasti lebih tahu tentang ketenteraan dan kelengkapannya, apatah lagi yang berkaitan dengan TLDM yang mana beliau adalah panglimanya.

Manakala yang memperlekehkan kapal selang itu adalah pemain politik yang masih terlalu muda dan mentah dalam gelanggang yang diceburinya dan tidak ada pengalaman dalam bidang ketenteraan, pertahanan dan keselamatan negara. Dakwaan Nurul Izzah barangkali hanya berdasarkan kepada dengar cakap.

Apa yang dilakukannya itu saya yakin boleh menyebabkan anggota keselamatan tidak akan ‘pecah liur’ untuk undi parti yang diwakili kerana bila TLDM dibohongi, semua unit tentera akan turut rasa dibohongi.

Pasukan tentera dalam pelbagai unit umpama satu anggota: bila paha kanan dicubit, paha kiri akan turut rasa sakitnya, kalau paha kiri dicubit pula paha kanan akan turut rasa sakit.

Bagi saya, silap besar kalau mana-mana tokoh politik sama ada yang menyokong kerajaan atau pembangkang cuba mempalitkan lumpur politik terhadap jabatan-jabatan kerajaan, khususnya pasukan tentera dan polis, lebih-lebih lagi kalau mereka diburuk-burukkan, ditohmah dan disalah sangka kerana mereka adalah penjunjung Perlembagaan yang akan mengutamakan keprofesionalan dalam memberikan perkhidmatan walaupun barangkali bertentangan dengan naluri sendiri. — Utusan Malaysia

No comments

Powered by Blogger.