Arjunan dedah dua lagi kes babitkan Saravanan

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Ahli politik PKR, M.S. Arjunan hari ini mendedahkan beliau didampingi dua lagi wanita — bekas pelajar sebuah kolej swasta — mendakwa menjadi mangsa seksual seorang timbalan menteri dari MIC kira-kira sedekad lalu.

Arjunan, yang mencetuskan kontroversi dengan membuat aduan ke atas Datuk M. Saravanan Sabtu lalu, mendakwa salah seorang mangsa itu menghubunginya semalam manakala seorang lagi hari ini.

“Semalam seorang dan hari ini seorang... jadi setakat ini ada tujuh wanita yang menjadi mangsa dakwaan yang dibuat sebelum ini,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau belum menyerahkan maklumat terbaru itu kepada polis.

Saravanan telah pun menafikan dakwaan Arjunan sebelum ini sambil menyifatkan ia bermotifkan politik dan mahu menjejaskan kerjayanya.

No comments

Powered by Blogger.