T.IBRAHIM: SOLAT HAJAT SELURUH NEGARA

"Bersempena kedatangan malam Nuzul Quran, pada malam 26 Ogos 2010 (Khamis), para pencinta agama Allah sekelian diminta untuk melakukan solat sunat hajat setelah selesai solat sunat tarawikh, sebelum sunat witir. Panjatkan doa kepada Allah agar saudara-saudara seIslam kita di Palestin, Iraq, Afghanistan, Pakistan, Chechnya dan di mana-mana sahaja mereka berada agar diberi kekuatan dalam menghadapi musuh-musuh Allah dan pelbagai cubaan yang mendatang sebagai ujian dari-Nya. Bacakan sekali Qunut Nazilah agar Allah menghantar tentera-tenteranya menghancurkan mereka yang menzalimi umat Islam. Juga jangan dilupakan kepada perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia ini. Semoga dengan kesatuan kita memanjatkan hajat yang padu akan dipandang mulia oleh Allah dan mendapat pertolongan dan kemenangan dari-Nya."

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.