Selangor Timbang Pemberian Khas Hari Raya
Oleh Norasikin Samsi
SHAH ALAM 26 Ogos - Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor akan bermesyuarat minggu depan mengenai cadangan pemberian sumbangan khas sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini kepada kakitangan perkhidmatan awam negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata mesyuarat Exco minggu depan akan membincangkan perkara itu.
Bagaimanapun Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata kerajaan negeri menyediakan sumbangan hari raya pada setiap tahun.
"Tiap-tiap setahun kita akan bagi duit raya," kata beliau ringkas pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco semalam.
Sekiranya kerajaan negeri Selangor meluluskan peruntukan khas hari raya ia menjadi negeri Pakatan Rakyat kedua selepas kerajaan negeri Pulau Pinang yang meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk tujuan geran kewangan istimewa bernilai RM400 kepada setiap kakitangan awam yang berjumlah 3,577 orang.
Susulan daripada langkah Pulau Pinang, kerajaan pusat juga mengumumkan pemberian bantuan khas RM500 yang membabitkan lebih 1.24 juta penjawat awam dan 590,000 pesara kerajaan.
Tidak mahu ketinggalan, Perak turut memberi bayaran khas RM500 kepada lebih 7,000 kakitangan awam dan pesara kerajaan negeri.

No comments
Post a Comment