Umno Kena Bertanggungjawab , Kalau Berlaku 'Perang Besar'

Oleh Mohd Sayuti Omar

KELANTANGAN dan keisengan kaum Cina membuat berbagai desakan untuk kepentingan mereka dan kebangkitan orang Melayu menentang desakan itu membimbangkan sesetengah pihak. Pertembungan 'acahan' politik ini dikhuatir akan berlaku perang besar. Manakala golongan Melayu lain pula cuba menafikan apa yang berlaku itu hanya sandiwara ataupun strategi pihak UBN.

Ada membayangkan tindakan MCA membuat desakan sehingga menyakiti hati orang Melayu itu seperti desakan agar ekuiti Bumiputera dikurangkan itu adalah satu tektik saja yang direstui Umno

Mereka sengaja membangkitkan isu perkauman untuk meraih simpati orang Melayu. Ia disuluh sebagai pemutaran film lama.

Dalam kata lain UBN menggunakan isu perkauman itu demi kepentingan politik mereka. Umno masih percaya dengan membangkitkan isu itu ia akan menimbulkan kebimbangan orang Melayu yang akhirnya mereka akan terus menyokong Umno.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga turut menolak andaian itu yang cuba diperbesarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Katanya isu perkauman ditimbulkan kerana Umno sudah tertekan dan itu sebagai satu tektik ugutan.

Saya tidak mahu memihak kepada pandangan mana dalam soal ini. Kita sama-sama boleh berfikir kalau berlaku 'perang besar' yang dikatakan lebih hebat dari tragedi 13 Mei itu apakah sebabnya dan siapakah bertanggungjawab atas perkara itu. Mencari jalan keluar atas kemungkinan itu lebih aula daripa cuba-cuba membayangkannya.

Apa yang hendak diulas di sini ialah mengenai apakah faktor menyebabkan kaum Cina jadi begitu berani dan sudah tidak 'malu alah' kepada Umno lagi sehingga diramalkan akan berlaku 'perang besar'. Inilah yang perlu disedari bagai menyelesaikannya daripada cuba menimbulkan keributan itu. Mana-mana pihak tidak guna melagukan isu itu sebalik apa yang baik ialah mencari penyelesaian.

Kalau benar pandangan Anwar tadi, apakah kita masih perlu menggunakan tektik dan strategi mengugut dan menakut-nakutkan kerana hendak mempertahankan kuasa.

Logiknya tentu ada sebab kenapa orang Cina jadi lantang dan berterus terang dewasa ini. Semua kena tahu kenapa desakan kaum Cina termasuk MCA dan DAP atau di luar kumpulan itu tidak pernah berhenti. Desakan ini bukan sekarang tetapi sejak dulu. Desakan agar mereka diberikan hak yang sama, anggapan tidak dilayani adil berlaku sejak lama dulu. Desakan itu berterusan hingga ke hari ini.

Dalam hal ini saya lihat ada beberapa kemungkinan kenapa terjadi demikian yang mungkin terlupa menananginya atau pun disengajakan.

1. Kerana orang Cina kini sudah merasakan mereka mempunyai harapan besar dalam politik. Mereka melihat apa saja tuntutan mereka akan dipenuhi. Mereka makin percaya bila mana Melayu yang berkuasa atau Melayu yang bakal mendapat kuasa teus menumpahkan seribu janji buat mereka. Orang Cina bangsa yang bukan mudah lupa. Mereka senantiasa menyematkan janji yang diluahkan kepada mereka. Dan mereka bersedia mencatatkan janji-janji itu atas panji-panji merah perjuangannya.

2. Orang Cina menyedari Melayu Umno dan Pas tidak akan bersama kerana ideologi perjuangan mereka berbeza. Orang Cina cukup yakin bahawa ideologi Melayu tidak akan sama. Ketegasan Nik Aziz Nik Mat dalam konteks mendesak agar idelogi Umno dan Pas disamakan mendapat sokongan orang Cina.

Keadaan diburukkan lagi dengan wujudnya Melayu yang bergabung dalam NGO. Walaupun Melayu dalam NGO adalah Melayu yang asalnya bersemangat Umno atau Pas, tetapi secara tak langsung Melayu sudah jadi kepada tiga kabilah. Melayu kebilah ketiga ini ialah Melayu yang baru sampai ke tanah Melayu untuk mengambil haknya. Manakala 'kesemarawukan' Melayu ini telah diambil kesempatan oleh Cina untuk menjadi power broker.

Orang Cina yakin di masa akan datang atau secepatnya pada pilihan raya umum akan datang mereka akan menjadi power broker. Mereka akan jadi penentu di antara dua kabilah Melayu itu siapa yang akan berhak (dibantu) untuk membentuk kerajaan. Ketika inlah nanti tuntutan-tuntutan lebih besar dijangka akan berlaku dan lebih menghiris perasaan Melayu terutamanya Melayu kabilah ketiga.

3. Atau pun, kenapa orang Cina tidak pernah diam ialah dasar yang dibuat oleh Umno dan BN selama ini memang berat sebelah dan dirasakan tidak adil. Mereka tidak 'betah' dengan dasar-dasar atau polisi yang dibentangkan BN. Apakah berlaku penindasan atau ketidakadilan meluas. Kalau dasar BN memuaskan mereka, menguntungkan mereka sudah pasti tuntutan tidak akan berlaku.

Dalam konteks ini kalau benar berlaku kerana perkara itu, maka UBN kena bertanggungjawab ke atas apa-apa musibah dan natijah yang berlaku kelak termasuk tuntutan berbagai itu. Umnolah kena dipertanggungjawabkan atas protes dan desakan yang akhirnya membangkitkan soal kaum dan akhirnya berlaku 'perang besar' itu.

'Perang besar' yang akan berlaku akan datang bukan salah Melayu di luar Umno. Ia adalah tanggungjawab sendirian berhad Umno. Persoalan sekarang apakah Umno akan mengubah polisi dan dasar itu sehingga memuaskan hati orang Cina? Apakah Najib Razak akan memberi reaksi segera dalam masa terdekat? Dan apakah tertakdir Melayu kedua di luar Umno menguasai kerajaan mereka akan cuba memenuhi tuntutan itu juga demi kuasa?

Kemungkinan-kemungkinan ini akan berlaku cuma masanya saja apakah 'bangat' ataupun lambat.

http://msomelayu.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.