Wanita dan Gejala Sosial: Amanah Menyampaikan Islam

Bandar Ur di dalam tamadun Mesopotamia memperlihatkan penempatan masyarakat yang sekata. Orang kaya, orang miskin, ahli politik, petani dan ahli perniagaan, kesemuanya menghuni kawasan yang sama dan berjiran di antara satu sama lain. Tidak seperti hari ini yang sebahagian tuan-tuan dan puan-puan berada di Bukit Antarabangsa, Bukit Damansara dan Bukit Semantan. Manakala saya dan orang seperti saya berada di Parit, Dinding, Lumut dan yang seumpama dengannya, jika Perak dirujuk” saya mengusik.

Hadirin ketawa.

“Ia difahamkan oleh ahli Sejarah sebagai petanda kesamarataan yang dinikmati oleh kaum Sumer di bandar Ur” saya menyambung penjelasan.

Ketika itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tiba di majlis dan memberi isyarat supaya saya meneruskan ceramah. Beliau sepatutnya tiba pada jam lima untuk ucapan perasmian penutup. Tetapi beliau membuat kejutan apabila tiba lebih awal. Mahu mengikut sebahagian pembentangan, barangkali.

“Kesamarataan itulah yang cuba diterokai oleh ahli Sejarah. Apakah sumbernya? Bagaimanakah masyarakat di bandar Ur boleh hidup sejahtera, berjiran di antara yang kaya dengan yang miskin, tanpa jurang sosial yang ketara? Jawapannya ada pada gambaran besar struktur bandar Ur itu sendiri. Bandar Ur itu berbentuk seakan bulat dan titik tengah yang menjadi pusatnya adalah Ziggurat iaitu rumah ibadat kaum Sumer. Bandar Ur didominasi oleh kehidupan beragama. Agamalah sumber kesamarataan yang dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat di bandar Ur” saya menambah.

[Selanjutnya]

No comments

Powered by Blogger.