60 Peratus Rakyat Malaysia Gemuk, Obes - Liow

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

"Kita perlu lihat kesihatan badan tu sebagai sesuatu yang penting kerana ia adalah pintu masuk kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.

"Fenomena ini membimbangkan kerana ia secara langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, barah dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 pada hari Isnin.

Sehubungan itu, Liow menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan.

Mengenai persidangan itu, Liow berkata kementerian akan menyalurkan peruntukan kewangan sebanyak RM10,000 kepada setiap Lembaga Pelawat Hospital di 112 hospital di seluruh negara, tahun depan.

"Peruntukan ini akan terus disalurkan kepada akaun Lembaga Pelawat Hospital bagi menjalankan aktiviti dan program yang boleh meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan hospital dan diperuntukkan untuk kesejahteraan pesakit," katanya.

Beliau berkata sistem penarafan bintang bagi semua Lembaga Pelawat Hospital utama di negeri-negeri akan diperluaskan di peringkat daerah mulai tahun depan.

"Bagi penilaian yang dibuat pada 2009 di 18 buah hospital negeri, tiada Lembaga Pelawat Hospital yang berjaya mendapat penarafan lima bintang, hanya lima hospital yang mendapat empat bintang iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang; Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu; Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh; Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu dan Hospital Pulau Pinang.

Sementara itu, Liow menafikan dakwaan bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat bahawa beliau kini dilarang daripada menghadiri majlis anjuran kementerian itu.

Semalam, Ong yang juga anggota Parlimen Pandan mendakwa beliau diketepikan dan tidak dijemput menghadiri lawatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke Hospital Ampang, yang terletak di kawasan Parlimennya, baru-baru ini.

rosmah ikon gemuk, gempal, gendut

No comments

Powered by Blogger.