ADUN Sadong Jaya tidak mahu tanding pilihan raya Sarawak
KUCHING 5 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sadong Jaya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi hari ini mengumumkan hasratnya untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.
Wan Abdul Wahab, yang menjadi penyandang kerusi berkenaan selama enam penggal sejak 1983 mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata, hasratnya sudah disampaikan pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan akhir.
"Ini mungkin kali terakhir saya bersidang,” katanya dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.
Beliau berharap penggantinya akan dapat menjalankan tugas dengan baik untuk membawa pembangunan seperti yang diharapkan oleh pengundi di kawasan berkenaan.
DUN Sarawak tamat tempohnya pada 24 Julai 2011. Pada pilihan raya negeri Sarawak 2006, BN memenangi 63 kerusi, DAP tujuh kerusi dan Parti Cinta Malaysia satu kerusi. – Bernama

No comments
Post a Comment