Anwar dan kawan-kawan yang menjadi lawannya….
HermanSamsudeen
“Anwar tidak wajar menjadi pemimpin negara, jika pakatan pembangkang memerintah, kerana penasihat PKR itu hanya pandai mereka cerita terhadap individu yang tidak disukainya tanpa sebarang bukti.”-Datuk Zaid Ibrahim
Ayat diatas bukanlah ayat yang luar biasa bagi kita semua. Setiap kali kawan-kawan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu keluar PKR, itulah yang mereka akan ucapkan. Secara peribadi saya melihat populariti Anwar semakin menurun, khususnya selepas kegagalan 16 September.
Dan bagi mereka yang mengikuti perkembangan Anwar sejak dia bangku Universiti pasti memahami bahawa kesilapan pertama Anwar dan paling besar dalam hidupnya adalah ketika beliau menyertai Umno dan bermusuhan dengan ramai orang yang pernah berjuang bersamanya dalam ABIM.
Dalam Umno pula beliau mencipta banyak musuh ketika merebut jawatan Ketua Pemuda dan Timbalan Presiden Umno. Beliau adalah orang harapan Mahathir dan begitu rapat, namun akhirnya Tok Guru dan kawan rapat itu jugalah yang menyumbatnya ke penjara.
kita tidak lupa kisah-kisah pengkhianatan orang-orang yang dianggap begitu rapat kepada Anwar.
Dalam kes liwatnya, Ummi Hafilda Ali, Azizan Abu Bakar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah antara nama-nama yang meloyakan tekak penyokong Anwar. Mereka semua ini adalah kakitangan Pejabat yang rapat dengan Anwar.
Selepas mereka kita baca pula nama-nama seperti Ruslan kassim, Lokman Noor Adam, Datuk K.S. Nallakaruppan, Ezam Mohd Noor, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim dan beberapa MP PKR lain. Zulkifli Nordin pula adalah antara kutu dalam selimut PKR yang telah dicampak keluar.
Begitu ramai nama-nama besar PKR yang keluar akhirnya menjadi musuh Anwar. Dan hampir ke semuanya adalah bekas ahli BN yang akhirnya kembali sujud pada BN dan menikam Anwar diatas pentas BN pada hari ini.
Kini Zaid Ibrahim yang pernah bertepuk bertampar dengan Anwar di dalam Umno dan PKR pula mula menunjukkan bibit-bibit permusuhannya dengan Anwar.
Anwar diakui seorang pemimpin yang hebat berpidato. Namun harus diakui, kehebatannya itu mengundang begitu ramai teman-teman opportunis untuk merapatinya.
Secara peribadi saya melihat Anwar menjadi orang yang gagal dalam bab memilih kawan dan menyusun kedudukan kawan-kawannya dalam organisasi PKR.
Zaid yang melompat keluar dari Umno dan masuk PKR terus dilantik ke jawatan besar diperingkat Nasional. Malah dilantik pula sebagai penyelaras Pakatan. Ini adalah tindakan yang kurang bijak dari Anwar kerana beliau dengan sendirinya meletakan komponen Pakatan lain dalam telunjuk Zaid Ibrahim yang kita sudah anggap sebagai musuh terbaru Anwar.
Dengan bermodalkan dua tiga orang pemimpin ternama yang dihumban masuk ke PKR, Umno berjaya memporak perandakan parti berkenaan. Mereka semua umpama ‘Trojan Horse’ Umno bagi membunuh karakter Anwar dan melemahkan pengaruh PKR dan komponen Pakatan lainnya.
Strategi inilah yang digunakan oleh tentera Greek untuk menawan Kerajaan Troy yang begitu hebat benteng pertahanannya.
Anwar perlu mengambil pelajaran dari kesilapan-kesilapan politiknya dan menumpukan fokus perjuangannya bersama Pakatan untuk memenangi PRU-13.
Fokus sekarang ini adalah untuk membina semula imej beliau dan PKR sekaligus mengukuhkan hubungan dan kekuatan dalam Pakatan. Anwar perlu pantas menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dan mengunakan kaedah dalaman bagi menyelesaikan sebarang isu antara beliau dengan kawan-kawannya serta ahli PKR.
Beliau perlu membawa PKR kembali ke landasannya supaya mampu berjalan seiring dengan organisasi Pakatan yang lain. Anwar seorang yang taktikal dan strategis, namun beliau perlu bijak membuat keputusan dan pertimbangan serta perlu banyak berbincang dengan pemimpin Pakatan lain.
Beliau juga perlulah tegas dalam menghadapi ahli-ahli PKR yang bermasalah dan memastikan keahlian PKR dapar dibersihkan dari Trojan Horse sebelum mereka keluar dari kuda untuk melapah karier politik Anwar.
Dalam politik kita perlu adalah kawan yang boleh dipercayai dan musuh yang boleh menghormati kita, jika tidak! tunggulah sesuatu yang lebih buruk akan berlaku berbanding dengan apa yang terjadi sebelum hari ini.
http://syukran.wordpress.com/2010/11/12/anwar-dan-kawan-kawan-yang-menjadi-lawannya/

No comments
Post a Comment