Apabila Samy Berbelit-Belit

Samy Vellu umum rancangan lepas bersara pada 13 Dis

Datuk Seri S Samy Vellu hari ini berkata beliau akan mengumumkan butiran terperinci tentang persaraannya sebagai presiden MIC pada 13 Disember ini.

Bekas Menteri Kerja Raya berusia 74 tahun itu berkata beliau akan melepaskan jawatan presiden MIC dengan senang hati kerana ia akan memberinya lebih banyak masa untuk bersama keluarga, rakan taulan dan masyarakat.

"Pada hari berkenaan (13 Disember), saya juga akan umumkan rancangan saya selepas berundur daripada jawatan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-46 Majlis Belia Hindu Malaysia di Kuala Lumpur.

Turut hadir Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah.

Dalam ucapannya, Samy Vellu menggesa belia India supaya berfikir di luar kotak untuk membolehkan mereka menjadi golongan yang memiliki daya saing.

Katanya bimbingan keluarga dan organisasi berkaitan juga penting dalam membantu belia India membina masa depan yang lebih cerah untuk diri masing-masing.

--Bernama

raya sekali jer umum tarikh
puasa sekali saja umu tarik
kahwin sekali saja tarikh
tapi bila samy nak jatuh, 16 kali umum tarikh..hahahahaha

No comments

Powered by Blogger.