Awang Selamat Wartawan Pendusta
1. Saya ingin melahirkan kekesalan terhadap tulisan Awang Selamat di dalam Mingguan Malaysia pada hari ini (7 November 2010) yang jelas melakukan serangan peribadi kepada al-Mursyidul Am PAS, YAB Tuan Guru Datul Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ekoran kegagalan PAS mempertahankan DUN Galas di dalam pilihanraya kecil 4 November yang lalu.
2. Di bawah tajuk ‘Maafkan Nik Aziz’, Awang Selamat yang tidak diketahui identiti sebenarnya ini memulakan serangan ke atas PAS kononnya mempunyai penyokong yang seringkali melakukan provokasi.
3. Barangkali kerana sering berlindung di bawah lumut dalam tempurung sempit UMNO, Awang Selamat telah buta atau membutakan matanya sendiri untuk melihat telatah penyokong UMNO yang jelas sekali lebih gemar melakukan provokasi. Butakah Awang Selamat untuk melihat telatah penyokong UMNO yang secara tidak berakhlak melakukan tindakan yang tidak bermoral samada sewaktu penamaan calon mahupun hari pengundian bagi mencetuskan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat?
4. Di dalam isu wang zakat yang dianggap rasuah oleh UMNO, wartawan pengecut Awang Selamat ini nampaknya terus keliru untuk membezakan wang zakat dan rasuah. Wang zakat yang mencetuskan kontroversi itu diberikan kepada orang-orang asli yang memeluk agama Islam. Sememangnya ia diberikan semenjak dahulu lagi dan tidak menunggi saat pilihanraya kecil diadakan sahaja. Wang kertas yang dihulurkan tersebut bukanlah kepunyaan YAB Menteri Besar Kelantan yang disifatkan oleh Awang Selamat sebagai ‘sedekah’ itu, tetapi merupakan salah satu peruntukan asnaf zakat yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JHEAIK). Ia bukanlah seperti pemimpin UMNO yang merompak hasil royalti minyak Kelantan lalu dihulurkan di atas nama wang ehsan seperti yang dilakukan oleh beberapa kerat pemimpin UMNO sanjungan Awang Selamat.
5. Jika ia merupakan rasuah, pihak UMNO dicabar untuk membawa kes ini ke mahkamah dan jangan hanya berselindung di sebalik nama murahan Awang Selamat yang melacurkan pena wartawan untuk kepentingan ‘perut’ semata-mata.
6. Awang Selamat seterusnya memfitnah Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam isu pertikaman lidah dengan salah seorang ulama besar UMNO iaitu Mohd Nor Deris. Menurut Awang Selamat, “Nik Aziz kelihatan melenting dan enggan bersalam dengan Mohd Nor”.
7. Untuk pengetahuan si wartawan pendusta ini, insiden ini bermula apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menghulurkan salam kepada Mohd Nor Deris lalu tidak disambut oleh Mohd Nor Deris dengan alasan PAS berkawan dengan DAP. Ini disahkan sendiri oleh Mohd Nor kemudiannya dengan menyatakan tangan Tuan Guru ialah tangan syaitan menerusi kasyafnya. Sekali lagi dinyatakan, Mohd Nor Deris yang tidak menyambut huluran tangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
8. Tulisan ini hanyalah sebagai satu respon kepada Awang Selamat yang telah sekian lama berlindung di sebalik nama samaran dan menyembunyikan identiti yang sebenar. Jika beginilah sikap penulisan wartawan yang bertugas di Utusan Melayu (M) Berhad ini, jangan disalahkan pihak kami jika wartawan mereka tidak dibenarkan membuat sebarang liputan mahupun mendekati pejabat Menteri Besar Kelantan nanti.
Yang benar,
Ahmad Fadhli bin Shaari
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 7 November 2010

No comments
Post a Comment