Bajet Selangor: ‘Hasil Negeri Untuk Rakyat’

SHAH ALAM, 8 Nov – Kerajaan Negeri Selangor hari ini membentangkan Bajet 2011 berpaksikan bajet seimbang sebagai satu konsep bajet yang lebih berdaya saing.

‘Hasil Negeri Untuk Rakyat’ dipilih sebagai tema jelas mengambarkan hasrat kerajaan negeri bawah pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) mengutamakan kebajikan rakyat.

Bagi merealisasikan hasrat murni ini kerajaan negeri mengariskan empat strategi, iaitu menguruskan sumber negeri secara bijaksana; pengurusan perbelanjaan yang cekap; mendorong pembangunan modal insan; memantapkan pembangunan negeri Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapannya di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.43 bilion, iaitu kenaikan sebanyak 10 peratus berbanding RM1.3 bilion untuk bajet 2010.

“Daripada jumlah itu, kerajaan Selangor memperuntukan sebanyak RM830 juta untuk perbelanjaan mengurus, selebihnya RM600 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan,” katanya.

Selain itu pada tahun 2011 juga kerajaan Selangor akan memulakan ‘Program Merakyatkan Ekonomi’ fasa ke-3 yang antara lain melibatkan Skim Kredit Micro, Skim Kesihatan Wanita dan Takaful Orang Kelainan Upaya.

Dalam pada itu, Khalid turut memberitahu program pemberian air percuma 20 meter padu juga akan terus dilaksanakan dengan peruntukkan sejumlah RM34.5j uta telah pun diberikan.

“Jumlah ini tidak termasuk RM8 juta untuk pemberian air percuma kepada pengguna meter pukal bagi penduduk rumah pangsa.

“Kerajaan negeri juga akan melancarkan kempen konservasi air atau penyimpanan air yang bermula tahun depan, yang antara lain termasuk mempromosi kegiatan tadahan air hujan,” jelas Khalid

Tambahnya lagi, kerajaan negeri sedar akan pembangunan luar bandar dan kampung baru jauh ketinggalan berbanding kawasan perbandaran sekaligus kerajaan negeri menyediakan peruntukkan besar sejumlah RM15.5 juta meliputi pambangunan kampung, pembangunan ekonomi kampung tradisi, penyediaan kemudahan asas di desa dan penyelenggaraan jalan kampung.

No comments

Powered by Blogger.