Banjir Di Padang Terap Pulih, Semakin Ramai Dipindahkan Di Kota Setar
ALOR SETAR, 6 Nov (Bernama) -- Jumlah mereka yang dipindahkan akibat banjir di daerah Kota Setar semakin meningkat petang ini, manakala kesemua mangsa di Padang Terap telah dibenar pulang ke rumah masing-masing pada Sabtu.
Berikutan keadaan banjir yang pulih sepenuhnya di Padang Terap, kesemua pusat pemindahan di daerah itu ditutup, kata jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sehingga pukul 4 petang, seramai 33,563 orang mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di empat daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena dan Pendang.
Jumlah itu meningkat berbanding 33,350 pada sebelah pagi dengan keadaan di Kota Setar kini semakin membimbangkan apabila jumlah mangsa yang dipindahkan sejak empat hari lepas semakin meningkat.
Jumlah mangsa banjir di daerah itu sehingga petang ialah 19,591 daripada 5,027 keluarga.
Bilangan mangsa di Kubang Pasu pula semakin berkurangan dengan kini 12,242 orang daripada 3,296 keluarga berada di pusat pemindahan manakala jumlah mangsa di dua lagi daerah tidak berubah iaitu seramai 1,480 orang daripada 250 keluarga di Pokok Sena dan 249 orang daripada 62 keluarga di Pendang.
Jurucakap itu berkata sehingga kini, 87 pusat penempatan banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 38 adalah di Kubang Pasu, 43 di Kota Setar, lima di Pokok Sena dan satu di Pendang.
Jumlah mangsa banjir di Kedah sebenarnya melebihi jumlah yang dinyatakan MKN kerana MKN hanya merekodkan mangsa banjir di pusat pemindahan sedangkan ada yang enggan berpindah walaupun rumah mereka ditenggelami air.
Tinjauan Bernama di beberapa kampung sekitar Alor Setar mendapati beberapa penduduk kampung memilih untuk kekal di rumah mereka walaupun air naik sehingga 1.5 meter.
Tinjauan di pusat bandar pula mendapati kebanyakan kedai ditutup kerana air telah mula memasuki kawasan pusat bandar termasuk di kawasan berhampiran Pekan Rabu.
Di daerah Kota Setar, kira-kira 21 jalan masih dinaiki air dan di Kubang Pasu hanya tiga jalan yang masih dinaiki air manakala di daerah Padang Terap semua jalan dibuka kepada semua kenderaan.
Jalan-jalan yang masih ditutup untuk semua jenis kenderaan adalah Jalan Sultan Badlishah, Jalan Teluk Wan Jah, Jalan Sultanah, Jalan Alor Setar-Kangar, Jalan Alor Janggus-Kangar, Jalan Alor Janggus-Gunung Keriang dan Jalan Gunung Keriang-Sungai Korok di Kotar Setar serta Jalan Jitra-Sungai Korok di Kubang Pasu.

1 comment
boleh balik raya haji
Post a Comment