Cuaca Diramal Cerah Pada Sebelah Pagi
GUA MUSANG, 3 Nov (Bernama) -- Keadaan cuaca pada hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas esok dijangka cerah pada sebelah pagi manakala hujan di beberapa kawasan pada sebelah petang.
Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia Saw Bun Liong berkata amaran hujan lebat peringkat merah dan angin kencang selaju 40 kilometer sejam (kmj) hingga 70 kmj di Kelantan yang dikeluarkan sebelum ini, juga telah ditarik balik Rabu.
"Pada sebelah pagi, pukul 7 pagi hingga 3 petang, cuaca dijangka cerah. Tetapi, pada sebelah petang iaitu pukul 3 hingga 6 petang diramalkan hujan, namun ia tidaklah lebat dan ribut pun tidaklah kuat sangat.
"Lagipun, hujan ini adalah merupakan saki-baki dari amaran hujan lebat peringkat merah dan angin kencang yang dikeluarkan sebelum ini," katanya kepada Bernama.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima daripada PAS, yang meninggal dunia pada 27 Sept lalu.
Calon BN, Abdul Aziz Yusoff, 49, akan berhadapan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed, 44, pada pertandingan satu lawan satu, esok.

No comments
Post a Comment