Hanya Zionis Bencikan Ahmadinejad



Seorang teman memberitahu saya, ada banyak ceramah dan video daripada pelbagai agamawan tempatan jika dikaji dan dianalisis menurut disiplin ilmu 'International Relations' adalah bahagian dari sampah sarap. Teman saya itu sedang melakukan PhD nya dalam bidang tersebut. Beliau bercakap mengenai dakyah di alam maya bahawa Ahmadinejad itu ejen zionis, freemason, ada hubungan dengan CIA dan macam-macam 'shit' lagi.




Saya hanya memberitahu teman saya itu, hanya Zionis tulen yang membenci Ahmadinejad. Di Tel Aviv, bas-bas awam menampal poster Ahmadinejad dalam Hebrew yang bermaksud 'hanya sasaran tepat'. Satu undangan untuk membunuh 'singa umat Islam ini'. Tambah-tambah Iran adalah kawan baik Hezbullah dan Hamas Palestina. Ia adalah satu gambaran kecil betapa bencinya zionis terhadap Ahmadinejad. Kempen di bas itu diharap dapat dipanjangkan oleh pelobi zionis di Kongres Amerika Syarikat. Dan di sini, ia dikukuhkan lagi oleh sekian agamawan sampah sarap tersebut.


[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.