Ini Cara Melayu Umno Nak Tolong Melayu?

Sime Darby Tidak Boleh Disiasat PAC, Kata Azmi Khalid

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak layak untuk menyiasat Sime Darby Bhd (Sime Darby) kerana konglomerat itu bukan sebuah jabatan kerajaan.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata Sime Darby adalah anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan pemegang saham terbesarnya ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau menjelaskan bahawa PNB dan KWSP bukan ditakrif sebagai jabatan kerajaan kerana sumber kewangannya datang daripada individu-individu yang membuat pelaburan.

"Kalau KWSP, dana-dana yang dikeluarkan adalah yang disimpan oleh penyimpan KWSP dan dana yang digunakan PNB datang dari pelabur-pelabur persendirian," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, pada Selasa.

Berpandukan perkara 77 peraturan mesyuarat Parlimen, PAC boleh memeriksa sebarang kira-kira badan pentadbiran raya dan pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam Parlimen, katanya.

"Berdasarkan kepada peraturan mesyuarat Parlimen ini, Sime Darby bukanlah satu badan yang layak untuk disiasat oleh PAC," kata Azmi.

Pada Mei lepas, Sime Darby mengumumkan kerugian kira-kira RM1.63 bilion berikutan berlakunya lebihan kos dalam beberapa projek di bawah Bahagian Tenaga dan Utilitinya.

Akibat kerugian itu, pelbagai pihak menggesa supaya PAC membuat siasatan berhubung kerugian yang dialami oleh syarikat konglomerat itu.

Sementara itu, berikutan Laporan Audit 2009, PAC akan memanggil Kementerian Pengajian Tinggi untuk memberi penjelasan berhubung Politeknik Muadzam Shah di Pahang yang masih belum siap walaupun pembinaannya telah dimulakana kira-kira 10 tahun lalu, katanya.

PAC juga akan memanggil Kementerian Pertahanan berhubung pembinaan Kompleks 7 Briged Kem Skudai, Johor dan Kementerian Kesihatan mengenai aktiviti rawatan penyakit buah pinggang.

"Minggu depan, PAC akan panggil Pengurusan Pembangunan Pelaburan Antarabangsa Tuna Malaysia yang berada di bawah badan berkanun persekutuan," katanya.

Selain itu, pihaknya telah memanggil beberapa badan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Badan (PTPTN) ini sudah dipanggil sebanyak dua kali termasuk pagi tadi manakala Kementerian Pelajaran pula dipanggil dua bulan lalu mengenai pengurusan rancangan makanan tambahan (RMT) di sekolah-sekolah," katanya.

Azmi berkata PAC akan mengeluarkan laporan siasatan tidak lama lagi dan enggan memberi penjelasan lanjut mengenai agensi yang sudah disiasat.


duit rakyat habis entah berapa, ini jawapan dari puak wakil rakyat yang kuasa ada pada mereka? sungguh bangang! kerja baham duit rakyat sampai kayakan perut masing-masing

No comments

Powered by Blogger.