Isu Air: Kumpul tandatangan tanda sokongan
PETALING JAYA 21 Nov - Kerajaan negeri menganjurkan satu kempen bagi mengumpul tandatangan sebagai tanda sokongan rakyat terhadap usaha kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu air.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menjelaskan, kempen yang sudah bermula sejak seminggu lalu itu berjaya mengumpul sebanyak 800 tandatangan dan masih diteruskan sehingga 5 Disember depan.
Beliau juga menyeru supaya rakyat turun beramai-ramai sebagai tanda sokongan, selain memberi mandat untuk kerajaan negeri mengambil alih masalah pengurusan air di Selangor.
Tambah beliau, Kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah tidak ikhlas dalam membantu rakyat Selangor dan sekiranya isu ini masih belum berjaya diselesaikan, kempen ini akan diteruskan.
Perbincangan isu air Selangor ini turut mendapat perhatian NGO Petaling Jaya walaupun hanya diumumkan dua hari lalu.
Selain Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, turut hadir memberikan taklimat pada majlis kempen tersebut.
Satu perhimpunan bagi menyerahkan memorundum kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong bakal diadakan pada 5 disember 2010, jam 12 tengah hari di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Semua sokongan boleh diberikan dengan menurunkan tandatangan pada borang kempen yang disediakan atau mengunjungi laman web rasmi kempen.
Sebarang maklumat lanjut layari portal rasmi kempen http://www.airuntukrakyat.net

No comments
Post a Comment