Puan Obama Bukan Indonesia Sahaja Ada Wanita Pertama

Ke hadapan Puan Obama,




Adalah kelu dan kaku lidah saya melihat foto-foto Puan beramah-tamah dan bermesra-mesraan dengan Wanita Pertama Indonesia, Ibu Ani Yudhoyono. Kunjungan Puan ke Jakarta di tengah-tengah letupan Merapi membuatkan saya berfikir sejenak, 'apa lagi yang aku tak ada!' Saya harus mengakui saya menulis emel ini kepada Puan dengan rasa geram dan sarat sebak di dada. Argh i emosi tau! Mendidih dan menyirap darah saya melihat foto-foto Puan dengan Ibu Ani Yudhoyono. Sampai hati Puan berduet dengan Ibu Ani seraya mengenakan busana yang agung dan mewah.






Tolonglah Puan! Tolonglah! Tolongggggggg...jangan memandang rendah kepada kami.

Kami pun ada Wanita Pertama juga!


http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/11/puan-obama-bukan-indonesia-sahaja-ada.html

No comments

Powered by Blogger.