Keluarga Ariel tak hadiri perbicaraan kes video lucah

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1122/Kosmo/Dunia/du_03.1.jpg

MAL PUTRAJAYA memegang poster yang memprotes Ariel di Rumah Tahanan Negara Bandung di Pulau Jawa kelmarin.

BANDUNG - Perbicaraan pertama penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel berhubung kes pengedaran klip video lucah yang melibatkan lelaki mirip wajahnya hari ini tidak akan dihadiri oleh keluarganya, lapor akhbar dalam talian, Inilah.com semalam.

"Keluarga tidak akan datang. Sidangnya (perbicaraan Ariel) diadakan secara tertutup," kata kakak Ariel, Nazlien Fahridzal.

Menurut Nazlien, pihak keluarganya menyerahkan kepada kuasa undang-undang untuk menentukan nasib Ariel.

Ariel dituduh mengedarkan klip video rakaman yang menunjukkan dia melakukan hubungan seks dengan pengacara Luna Maya dan Cut Tari.

Luna Maya adalah kekasih penyanyi itu manakala Cut Tari yang sudah bersuami merupakan bekas kekasihnya.

"Ya, pastilah kita berdoa agar Ariel diberi kemudahan saat dia menjalani sidang (perbicaraan) nanti," kata Nazlien.

Penyanyi itu dikatakan sudah bersiap sedia untuk menghadiri perbicaraan yang dijangka dikawal kira-kira 600 anggota keselamatan di sebuah mahkamah di sini.

Menurut seorang penyelaras kumpulan yang menyokong Ariel, Udji, para penyokong berdoa untuk penyanyi itu di Rutan Kebon Waru yang menjadi tempat tahanan selebriti berkenaan.

"Banyak doa yang kami berikan untuk Ariel. Intinya, supaya Ariel diberi kekuatan dari Allah untuk jalani sidang nanti," ujar Udji

Pertemuan singkat antara peminat band Peterpan dengan Ariel di dalam pusat tahanan itu diakui Udji memberikan kesan ke atas jiwa Ariel.

Menurutnya, Ariel semakin bersedia menjalani perbicaraannya hari ini.

"Dia sangat berterima kasih dengan kedatangan dan sokongan kami," ujar Udji.

Sementara itu, hasrat seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Mal Putrajaya untuk melakukan protes mengenai penyebaran pita video seks Ariel di bulatan Hotel Indonesia, Jakarta semalam tidak kesampaian kerana dia gagal mendapat permit.

Menurutnya, dia dibawa oleh anggota polis ke pejabat polis Jakarta Pusat untuk disoal siasat.

Kelmarin, dia turut membuat protes di Rumah Tahanan negara Bandung berhubung kes penyebaran video seks Ariel dan perbuatan selebriti tersebut. - Agensi

No comments

Powered by Blogger.