Mitsubishi Jelaskan Kerjasama Teknikal Dengan Proton
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menjelaskan status kerjasama teknikal Mitsubishi Motors Corporation (MMC) Jepun dengan Proton Holdings Bhd yang menjuruskan kepada pembangunan Inspira yang bermodelkan Mitsubishi Lancer.
Dalam satu kenyataan, ketua pegawai eksekutif MMM, Tetsuya Oda menyatakan selain daripada Lancer, tiada model Mitsubishi lain pada masa ini yang diedarkan oleh MMM, termasuklah kenderaan yang baru dilancarkannya - Lancer Sportback baharu dan kompak crossover ASX akan berasaskan kepada kerjasama teknikal ini di masa hadapan.
Beliau berkata meskipun Inspira dimodelkan berasaskan kepada Mitsubishi Lancer, ia berbeza dalam beberapa cara -- kedua-duanya mempunyai ciri berbeza, sekali gus menyaksikan keunikan masing-masing di pasaran.
Setiap jenama juga memenuhi kehendak segmen kumpulan pengguna yang berbeza dengan keinginan dan jangkaan pemanduan yang jelas berbeza, kata beliau.
Dieksport ke Malaysia dan diedarkan oleh MMM, Lancer ialah kenderaan dipasang sepenuhnya (CBU) - di mana semua bahagian dan standard pemasangan telah memenuhi standard kualiti global ketat Mitsubishi Motors, kata beliau.
Selain daripada dikeluarkan sepenuhnya oleh MMC di Jepun, Mitsubishi Lancer juga direka bentuk dan dihasilkan untuk memenuhi standard kualiti prestasi dan pengendalian pemanduan berkelajuan tinggi (Eropah); keselamatan (Amerika) dan binaan kenderaan (Jepun).
Sebaliknya, Inspira pula, dipasang di kilang Proton di Shah Alam dan akan mengandungi 40 peratus bahagian tempatan dalam tempoh setahun, kata beliau.
Khas untuk pemilik Lancer, MMM menawarkan lima tahun program jaminan selain daripada program penyenggaraan dua tahun percuma untuk semua alat ganti, kata beliau.
Rangkaian jualan dan perkhidmatan menyeluruh MMM termasuklah 54 pusat servis, 41 cawangan jualan seluruh negara -- di mana 15 ialah pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat ganti), tambah Oda.
Beliau berkata yang MMM berhasrat meningkatkan jualan rangkaian jualannya kepada 45 menjelang Mac 2011 dengan 27 pusat 3S.
Menerusi MMM, MMC akan terus mengukuhkan tapaknya di Malaysia, tambahnya.
Oda berkata Mitsubishi kini ialah antara empat jenama terkemuka dalam lingkungan segmen kereta bukan nasional di Malaysia.

No comments
Post a Comment