Peneroka mati, isteri tenat disengat lebah
CHUKAI: Seorang penoreh berusia 54 tahun terbunuh manakala isterinya tenat di Hospital Kemaman (HK), selepas mereka disengat beratus-ratus lebah yang tiba-tiba menyerang ketika mereka dalam perjalanan pulang dari kebun getah di Kampung Gajah, di sini pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, pasangan Din Ali dan isterinya Khersiyah Engku Husin, 51, dari Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah, dekat sini sedang berjalan kaki pulang ke rumah yang terletak kira-kira satu kilometer selepas selesai menoreh di kebun mereka.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani berkata, menyedari mereka diserang lebah, pasangan itu lari menyelamatkan diri.
“Beberapa meter kemudian, pasangan terbabit sampai ke sebuah rumah kongsi yang didiami dua warga Bangladesh berusia sekitar 40-an. Dua warga asing itu sempat menyerahkan sehelai kain sarung kepada isteri mangsa sebelum mereka turut diserang ratusan lebah yang mengerumuni pasangan itu.
“Warga asing itu kemudian melarikan diri ke dalam hutan berdekatan untuk mengelak daripada serangan lebah terbabit, “ katanya.
Abdullah Sani berkata, pasangan itu terus melarikan diri sehingga sampai ke sebuah tong besar berisi air yang terletak beberapa meter dari rumah kongsi itu sebelum mereka bertindak membasahkan badan untuk menghalau lebah.
Katanya, selepas disengat Din rebah dan tidak sedarkan diri manakala Khersiyah meminta pertolongan daripada jiran berdekatan sebelum pasangan itu dihantar ke HK.
Katanya, Din yang bengkak seluruh badan sehingga tubuhnya bertukar menjadi ungu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala Khersiyah yang disengat 102 kali di kepala dan badan kini dirawat di hospital sama.
Selain itu, katanya, dua warga Bangladesh yang membantu pasangan itu turut dimasukkan ke hospital sama.
Abdullah Sani berkata, anak mangsa berusia 19 tahun membuat laporan di Balai Kampung Gajah pada petang hari kejadian dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

(1).png)

No comments
Post a Comment