PKFZ: Perbicaraan ditangguh, tunggu kes Liong Sik selesai dahulu

SHAH ALAM 15 Nov. – Kes Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Phang Oi Choo yang didakwa melakukan pecah amanah dalam skandal membabitkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini selepas perbicaraan kes Tun Ling Liong Sik selesai.

Hakim Asmadi Hussain memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan bersetuju agar perbicaraan ditangguh bagi memberi laluan kepada kes bekas Menteri Pengangkutan itu yang didakwa atas tuduhan menipu kerajaan.

Beliau yang membenarkan permohonan penangguhan oleh pihak pembelaan akan mendengar kes itu tanpa menunggu proses rayuan Liong Sik selesai.

No comments

Powered by Blogger.