PRK Galas: Nik Aziz minta penyokong Pas jangan kecewa

KOTA BHARU 5 Nov. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta para penyokong dan anggota Pas tidak kecewa berikutan kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan Barisan Nasional (BN), yang mendapat majoriti lebih besar, semalam.

Sebagai pejuang Islam, mereka tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi, kata Menteri Besar Kelantan ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan derma untuk membina bangunan tambahan Masjid Mukim Panji di sini hari ini.

Pada PRK DUN Galas kecil itu, calon BN, Abdul Aziz Yusoff, memperoleh 5,324 undi mengalahkan calon Pas, Dr Zulkifli Mohamad, yang mendapat 4,134 undi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, faktor penglibatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN akan dijadikan salah satu kajian dalam ”post-mortem” Pas.

Katanya, post-mortem itu akan diadakan pada satu mesyuarat Ahad depan bagi mengkaji kekalahan Pas dalam pilihan raya kecil itu. – Bernama

No comments

Powered by Blogger.