Rezeki Dari Lembu Korban
Oleh Siti Zubaidah Abdullah
KOTA BHARU, 15 Nov (Bernama) -- "Saya sudah biasa dengan pakaian yang dibasahi darah lembu ketika melakukan kerja penyembelihan terutama semasa ibadah korban Aidiladha," kata seorang peniaga dan penyembelih lembu dari Kelantan yang mahu dikenali sebagai Abang Li.
Ghazali Mat, yang akan bersara dari perkhidmatan awam hujung tahun depan, menyifatkan pekerjaan sampingan yang dilakukannya sebagai penyembelih dan peniaga daging, mendatangkan rezeki agak lumayan.
"Saya seronok jadi penyembelih dan penjual daging (lembu)...rezeki yang datang mencurah-curah tidak mampu ditolak kerana dah biasa," katanya kepada Bernama di Kampung Batu 4, Jalan Kuala Krai, di sini.
Abang Li, 55, yang juga merupakan Pengerusi Rukun Tetangga (RT) kampung itu berkata setiap tahun beliau menerima tempahan lebih 10 ekor lembu, berjumlah antara RM13,000 hingga RM15,000 untuk korban semasa Aidiladha.
Katanya ibadah korban yang diuruskan beliau melibatkan seramai 20 penyembelih dan hampir 100 tukang lapah akan bergotong-royong memotong dan mengagihkan daging.
"Daging biasanya akan diagihkan kepada lebih 500 orang miskin yang ada dalam sesuatu kawasan selain diadakan kenduri bagi penduduk di situ," kata bapa kepada seorang anak ini.
KENDURI
Juga sudah menjadi kebiasaan bagi Abang Li mengorbankan seekor lembu untuk keluarganya pada Aidiladha.
"Saya suka mengagih dan menjamu (orang) makan...lagi ramai yang datang lagi bagus dan juga dapat kumpul sanak-saudara yang lama tak jumpa," katanya.
Abang Li yang meminati dunia perniagaan sejak kecil lagi bercita-cita untuk memulakan ladang menternak lembu selain perniagaan runcit daging bersama isterinya, Narimah Abdullah selepas bersara.
"Kalau diperhatikan semakin ramai warga kampung yang menternak lembu sama ada lembu susu mahupun daging. Perniagaan ini mampu menjana pendapatan lumayan sekiranya diusahakan dengan betul," katanya.
Katanya sesiapa juga boleh menternak lembu tempatan mahupun import, tetapi seorang penternak itu mestilah mempunyai minat selain mempunyai kawasan tanah yang luas dan modal yang mencukupi.
Abang Li melihat peluang pasaran daging lembu yang begitu luas di negara ini kerana masih banyak daging import berada di pasaran yang menunjukkan keperluan daging untuk rakyat Malaysia masih belum mencukupi.
"Lagipun harga daging lembu sekarang memang bagus...mengikut pengetahuan saya harganya sekitar RM16-20 sekilogram dan berat seekor lembu yang sudah matang dan boleh dijual biasanya antara 100kg dan 200kg.
"Dengan hanya menjual seekor lembu sebulan, saya boleh dapat antara RM1,300-1,500 sebulan," kata beliau, sambil menambah kini ramai orang Melayu yang melibatkan diri dalam perniagaan ini dan ini baginya suatu perkembangan yang sihat.
AIDILADHA
Aidiladha atau di dalam Bahasa Arab 'Eid Ul-Adha atau juga dipanggil Hari Raya Haji di Malaysia, tahun ini akan disambut pada 17 Nov.
Perayaan istimewa ini mengajak umat Islam menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah.
Umat Islam disunatkan melakukan ibadat korban sebagai memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim untuk membuktikan kepatuhannya terhadap suruhan Allah dan peristiwa itu menjadi lambang pengorbanan teragung dalam sejarah manusia.
Bermula dengan takbir pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha pada pagi 10 Zulhijjah, ibadah korban dilakukan sama ada pada siang 10 hingga 13 Zulhijjah.
Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam masa empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum terbenam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari ini umat Islam menunaikan ibadah haji, menyambut Hari Raya Aidiladha, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

No comments
Post a Comment